Friday, April 8, 2011

Kem Kreatif Survival





Seperti kebiasaannya, menjelang cuti persekolahan sekali lagi Riverstone Eco Resort akan menganjurkan Kem khusus untuk pelajar yang bercuti memenuhi masa percutian ini. Pada kali ini Kem yang dianjurkan agak berbeza dan merupakan julung kalinya diadakan di sini. Pada Mac lepas telah dianjurkan Kem Survival untuk remaja dari umur 13- 19 tahun. Pada kali ini kem yang dianjurkan masih berkonsepkan survival tetapi peserta akan mendapat pendekatan dan pengalaman yang berlainan pula.


Untuk kali ini usia yang dianjurkan untuk menyertai kem ini adalah dari umur 15 - peringkat dewasa. Peserta akan merasai pengalaman bermalam di dalam hutan selain memasak dan mencari bahan makanan. Di samping itu peserta juga perlu untuk membina tempat perlindungan untuk digunakan sebagai tempat tidur. Tiada bekalan khemah dan selimut. Tiada bekalan makanan untuk makan malam, hanya sedikit keperluan untuk makan tengahari akan dibekalkan kepada peserta.


Cabaran yang akan dihadapi oleh setiap peserta pada kali ini memang amat menarik. Peserta akan belajar untuk hidup berdikari dan berkongsi pandangan serta berkomunikasi sesama ahli kumpulan yang baru dikenali. Saling bantu membantu untuk menyelesaikan setiap tugasan yang perlu dilakukan baik untuk diri sendiri atau pun untuk kumpulan.


Prinsip saling bekerjasama amat diperlukan setiap masa selama hidup di dalam hutan ini. Bantuan dari setiap ahli kumpulan amat besar maknanya bagi setiap kumpulan.


Dengan hanya membayar RM350.00 seorang, anda akan dapat menyertai kem ini dan mempelajari pelbagai kemahiran hidup di dalam hutan dengan peralatan yang amat minima.


Hubungi kami untuk pendaftaran dan keterangan lanjut di talian 03-92004181/013-2080833.



Antara aktiviti yang akan dipelajari sepanjang kem ini, memasak menggunakan buluh.




Peralatan dari buluh yang perlu disediakan oleh peserta untuk kegunaan sendiri sepanjang tempoh berada di dalam hutan.



Enak menjamu selera dengan semua makanan yang dimasak menggunakan buluh.





http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2011/04/survival-camp.html




No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"