Friday, July 30, 2010

ANAK ANAK JAWA MALAYSIA (AAJM)

Berita Harian Rabu 28 Julai 2010 SENTRAL
Majlis perhimpunan anak Jawa meriah

Wednesday, July 28, 2010

BUFFET RAMADHAN




RAMADHAN BUFFET BERBUKA PUASA



Seperti Ramadhan tahun lepas, tahun ini Buffet Berbuka Puasa Riverstone Eco Resort masih mengekalkan harga RM35.00 nett untuk dewasa dan RM18.00 nett untuk kanak-kanak (5-12 tahun). Menu yang akan disajikan kali ini adalah terdiri dari : Patin Tempoyak, Pecel Lele, Ayam Masak Merah, Semur Daging, Sambal Goreng, Serunding, Bubur Candil, Lopes Ubi Kayu, U'krok, Tiwol, Bubur Kacang Hijau, Pecal, Kerabu, Tempe Goreng Tepung, Soto, ABC, Teh Tarik dan pelbagai lagi.

Untuk tempahan sila hubungi talian 03-92004181/03-92872672 atau 013-2080833.

Mingguan Malaysia: Hidangan istimewa tengah rimba:- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0808&pg=ke_03.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&y=2010




SALAM RAMADHAN DARI RIVERSTONE ECO RESORT


Tuesday, July 27, 2010

SAFEGUARDS SECURICOR ACADEMY




Program Team Building

23-25 Julai 2010


Khusyuk mendengar penerangan semasa sesi 'ice breaking'.

Capt (B) Mat Isa Singah menyampaikan medal kepada semua peserta yang hadir.

Ceria....menjuarai kumpulan yang menjadi juara.


Seperti biasa....gambar berkumpulan untuk kenangan.


Seperti biasa, seramai 40 orang peserta yang terdiri dari kakitangan cawangan dan ibupejabat Safeguard Securicor telah menghadiri kursus "Team Building" kali ini.

Oleh kerana keadaan air yang cetek aktiviti berakit tidak dapat dilakukan dan digantikan dengan aktiviti 'Flying Fox'. Selain dua aktiviti tersebut peserta juga perlu melakukan aktiviti lasak lain seperti rempuh halangan dan juga jalan malam.




PRODUA - Perusahan Otomobil Kedua Sdn Bhd

Seramai 39 orang peserta telah menghadiri kursus Team Building selama 3 Hari 2 Malam yang diselia oleh Bahagian Latihan Perodua. Beberapa aktiviti seperti Perang Berapi, Rempuh Halangan dan Flying Fox menjadi pilihan jurulatih.




Monday, July 19, 2010

Selera Nasi Ambeng - Sajian Tradisional Jawa

Sebut sahaja nasi ambeng pasti dikaitkan dengan masakan jawa yang pasti akan kita jumpa ketika kenduri arwah atau kenduri kesyukuran. Aroma nasi yang berbaur dengan lauk pauk dibungkus panas-panas dengan daun pisang cukup membangkitan selera dan kini boleh dinikmati di Restoran Riverstone Eco Resort di Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.




Jabatan Kerja Raya. JKR


HARI KELUARGA 2010.

Ini merupakan Hari Keluarga ke 2 anjuran JKR yang di adakan di sini. Seramai kira-kira 60 peserta menghadiri majlis kali ini. Para peserta hadir seawal jam 8.00 pagi dan menikmati sarapan pagi di sini. Selain sukaneka, majlis dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke dan beberapa permainan indoor untuk peserta dewasa.

-

Makan tengahari dihidangkan pada jam 12.30pm dengan menu, ayam masak kurma, sambal telur, sayur kobis + karet goreng, ulam timun, sambal belacan, ikan masin, buah tembikai dan kordial oren menjadi pilihan.

-

Majlis yang bermula dari jam 8.00 pagi ini berakhir pada jam 6.00 petang setelah para peserta menikmati teh tarik, kuih karipap dan popiah goreng untuk minum petang.

-

Kami warga Riverstone Eco Resort ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Urusetia Hari Keluarga 2010 JKR terutama kepada Cik Afini atas segala kerjasama dari pihak beliau.


Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd


Hari Keluarga


Seramai 85 orang kakitangan dan ahli keluarga Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd telah menghadiri Hari Keluarga anjuran syarikat ini pada 17 Julai 2010 lalu. Selepas sarapan pagi, seramai 40 orang kakitangan memulakan aktiviti flying fox dan diikuti dengan aktiviti berakit.

Sarapan pagi terhidang dari jam 7.00am dengan menu, whole meal sandwich tuna, telur dan cheese, baked beans, mash potato + brown sos, cocktail sausage, roti + butter + jem dan milo.

Selepas makan tengahari dengan menu, nasi tomato, nasi putih, ayam masak merah, dalca sayur, sayur campur, papadum, sambal tempe + tauhu, acar timun + karet dan hidangan istimewa Riverstone iaitu Patin Tempoyak.

Para peserta meninggalkan resort pada jam 6.00 petang selepas menikmati teh tarik, kuih pau dan popiah goreng.

Terima kasih kepada Mike dari MikeEvent dan En Zulkifli Ahmad dari Novo Nordisk.



This activity is called flying fox. The purpose of this activity is to overcome your fear of height...after you fly as a fox, there will be no more fear left in you....


Mencari permata yang hilang......

Clown & kids...


Waiting for their turn to fly as a fox.....





Tuesday, July 6, 2010

AFFIN BANK BERHAD




Para peserta perlu menuruni bukit (absailing) untuk pulang ke markas.



Taklimat sebelum memulakan aktiviti War Game - Paintball

Gambar Kenangan




Response Ability Camp Training telah dilangsungkan di Riverstone Eco Resort pada 2 - 3 Julai 2010 lalu. Seramai 25 orang peserta dan 2 orang pegawai pengiring yang terdiri dari Kakitangan Affin Bank telah menghadiri latihan 3 Hari 2 ini.


Sepanjang latihan ini kesemua peserta didedahkan dengan pelbagai situasi kemalangan dan bencana alam yang memerlukan tindakan menyelamat dan bantuan. Selain itu setiap peserta juga perlu berakit, berjalan kaki berbatu-batu jauhnya, memasak bekalan makanan sendiri dengan menggunakan buluh dan air sungai dan memanjat bukit sebelum sampai ke tempat kejadian. Perjalanan pulang dari menyelamat juga memerlukan semua peserta berjalan berbatu-batu jauhnya disamping perlu menuruni bukit dengan tali (absailing).


Suasana sekitaran Riverstone telah berubah menjadi medan peperangan di malam hari dengan bunyi siren dan letupan mercun sebagai mock up suasana untuk menjadikan kesemua peserta merasai keadaan sebenar sekiranya berlaku kegawatan seperti ini. Selain itu kejadian kemalangan juga tidak dapat dielakkan walaupun melakukan kerja-kerja penyelamatan. Sebagai aktiviti tambahan, peserta juga diberikan peluang merasai permainan War Game Paintball pada hari terakhir latihan.


Adalah menjadi harapan kami, kesemua peserta yang terlibat dapat menggunakan semua pengalaman dan latihan yang telah dipelajari di sini di masa akan datang. Terima kasih kami kepada Pn Habibah atas kerjasama yang diberikan.




Monday, July 5, 2010

Nasi Ambeng


Uniknya Sego Ambeng dan Ambengan. Dua perkataan ini amat sinonim dengan masyarakat Jawa. Nasi Ambeng atau Sego Ambeng merupakan hidangan nasi dengan pelbagai lauk tersendiri untuk majlis-majlis kenduri seperti kenduri kesyukuran (dalam bahasa Jawa - Selametan) kenduri arwah dan kenduri cukur jambul (dalam bahasa Jawa - Puputan). Ambengan merupakan istilah yang digunakan untuk menyatakan apakah jenis hidangan yang akan disajikan kepada tetamu. Apabila disebut Ambengan maka Sego Ambeng akan dihidangkan untuk majlis tersebut.
-
Istimewanya Ambeng ini, nasi yang digunakan akan diacu di dalam besen dan diletakkan pinggan untuk membentuk cembung di bahagian atas. Maka akan terbentuklah nasi yang kelihatan bulat, dan cantik. Selain itu jumlah nasi yang digunakan juga biasanya adalah banyak. Pada dasarnya Ambeng tidak dimakan di rumah kenduri, sebaliknya dirasa sedikit dan kemudian akan dibungkus untuk dibawa balik. Berasaskan konsep bawa balik dan makan dengan keluarga, maka jumlah nasi yang digunakan perlu mencukupi untuk dimakan satu keluarga. Nasi yang telah diacu akan diletakan di atas dulang yang dilapik dengan daun pisang. Bahagian atas nasi yang cembung tadi akan diletakkan daun pisang yang dipotong mengikut saiz bulatan nasi untuk dijadikan pelapik (dalam bahasa Jawa Samir) sebelum diletakkan lauk di atasnya.
-
Selain jumlah nasi yang banyak Ambeng juga mempunyai lauk-pauk yang telah dikhususkan dan mesti ada semasa ianya di hidangkan. Ayam Masak Semur, Tumis Kacang Panjang atau Kacang Buncis, Sambal Goreng, Serunding, dan Mee atau Meehon Goreng. Ini merupakan masakan wajib untuk Ambeng. Bagi sesetengah tempat terdapat penambahan dari segi lauk seperti ikan masin, pegedil dan juga rempeyek. Selaras dengan konsep bungkus dan bawa balik, Ambeng biasanya tidak berkuah dan juga tidak pedas. Lauk pauk ini akan diletakkan di bahagian atas nasi yang telah diacu tadi.
-
Sedulang Nasi Ambeng pada kebiasaannya akan dihidangkan kepada 4 orang lelaki dewasa. Semasa menghidangkan Ambeng ia akan disertai dengan Air Basuh Tangan, Kain Lap Tangan, dan juga daun pisang, kertas dan tali yang akan digunakan sebagai pembungkus untuk membungkus nasi ini.

Di Riverstone Eco Resort, Nasi Ambeng disediakan dalam talam yang boleh dimakan oleh 4 - 5 orang dewasa atau sekeluarga. Terpulanglah kepada anda untuk memakan hidangan ini di dalam talam atau menggunakan pinggan, bersila atau duduk di meja makan.

-

Kami menawarkan Pakej Nasi Ambeng untuk dimakan di sini dan juga untuk dibungkus bawa balik. Selain itu tempahan Nasi Ambeng juga boleh dibuat dengan jumlah minima Nasi Ambeng sebanyak 10 dulang.

Pakej Nasi Ambeng - RM55.00



Nasi Putih

1/2 ekor Ayam Semur
Tumis Kacang Panjang
Sambal Goreng Jawa
Serunding
Mee (Kering) Goreng
Air Sirap 1 Jug

Hubungi kami di talian 03-9200 4181/03-92872672 untuk sebarang tempahan.

Thursday, July 1, 2010

Anak Merdeka Kampung Selabak


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sambutan meraikan kemerdekaan di adakan setiap tahun...pelbagai acara, pelbagai aktiviti...setiap tahun juga ramai anak merdeka dilahirkan pada tarikh ulang tahun tersebut....

Mereka ini pula merupakan anak-anak yang dilahirkan semasa Malaysia mencapai kemerdekaan...Mereka juga anak Merdeka....

Anak Merdeka Kampung Selabak

1. Mahfud Zamzam
2. Mohid Hassim
3. Mohd Solleh Katiran
4. Azizah Bidawi
5. Saadiah Abas

6. Zaleha Hj. Salleh
7. Maimun Kholil
8. Aminuddin Manan
9. Mahamed Ashari Sidik
10. Maznah Suhod
11. Siti Natijah Said
12. Fadizlah Hussin
13. Siti Khasanah Othman
14. Allahyarham Abdul Karim Bahari
15. Tajuddin Sirat
16. Saharuddin Samad
17. Tauhid Muji
18. Ariffin Saidi
19. Mat Zaini Arbik
20. Mohd Yusof Hj. Kamar
21. Jasimah Rahmat
22. Latifah Kamid
23. Norsiah Kasrin
24. Saadah Saipi
25. Ismail Sapari
26. Jaafar Daud
27. Refaie
28. Rokiah Akhiar
29. Fauziah Mahyuddin
30. Mohyidin Saian
31. Khuzaimah Manap
32. Mohaini Kaseh
33. Abd Wahab Safari
34. Hamidi Sakidin
35. Saffie Basiran
36. Jidan Rebin
37. Fauziah Saien
38. Sabariah Mat Judi
39. Fauziah Mat Siren
40. Saudi Sabri
41. Baharuddin Saru
42. Abd Razak Dan
43. Allahyarhamah Noraini Karim
44. Razali Hassan
45. Baharuddin Ismail
46. Aminudin Jalal
47. Samsuri Samat
48. Saidon Mohamad
49. Sukaimi Sukir
50. Dol Subari