Monday, July 5, 2010

Nasi Ambeng


Uniknya Sego Ambeng dan Ambengan. Dua perkataan ini amat sinonim dengan masyarakat Jawa. Nasi Ambeng atau Sego Ambeng merupakan hidangan nasi dengan pelbagai lauk tersendiri untuk majlis-majlis kenduri seperti kenduri kesyukuran (dalam bahasa Jawa - Selametan) kenduri arwah dan kenduri cukur jambul (dalam bahasa Jawa - Puputan). Ambengan merupakan istilah yang digunakan untuk menyatakan apakah jenis hidangan yang akan disajikan kepada tetamu. Apabila disebut Ambengan maka Sego Ambeng akan dihidangkan untuk majlis tersebut.
-
Istimewanya Ambeng ini, nasi yang digunakan akan diacu di dalam besen dan diletakkan pinggan untuk membentuk cembung di bahagian atas. Maka akan terbentuklah nasi yang kelihatan bulat, dan cantik. Selain itu jumlah nasi yang digunakan juga biasanya adalah banyak. Pada dasarnya Ambeng tidak dimakan di rumah kenduri, sebaliknya dirasa sedikit dan kemudian akan dibungkus untuk dibawa balik. Berasaskan konsep bawa balik dan makan dengan keluarga, maka jumlah nasi yang digunakan perlu mencukupi untuk dimakan satu keluarga. Nasi yang telah diacu akan diletakan di atas dulang yang dilapik dengan daun pisang. Bahagian atas nasi yang cembung tadi akan diletakkan daun pisang yang dipotong mengikut saiz bulatan nasi untuk dijadikan pelapik (dalam bahasa Jawa Samir) sebelum diletakkan lauk di atasnya.
-
Selain jumlah nasi yang banyak Ambeng juga mempunyai lauk-pauk yang telah dikhususkan dan mesti ada semasa ianya di hidangkan. Ayam Masak Semur, Tumis Kacang Panjang atau Kacang Buncis, Sambal Goreng, Serunding, dan Mee atau Meehon Goreng. Ini merupakan masakan wajib untuk Ambeng. Bagi sesetengah tempat terdapat penambahan dari segi lauk seperti ikan masin, pegedil dan juga rempeyek. Selaras dengan konsep bungkus dan bawa balik, Ambeng biasanya tidak berkuah dan juga tidak pedas. Lauk pauk ini akan diletakkan di bahagian atas nasi yang telah diacu tadi.
-
Sedulang Nasi Ambeng pada kebiasaannya akan dihidangkan kepada 4 orang lelaki dewasa. Semasa menghidangkan Ambeng ia akan disertai dengan Air Basuh Tangan, Kain Lap Tangan, dan juga daun pisang, kertas dan tali yang akan digunakan sebagai pembungkus untuk membungkus nasi ini.

Di Riverstone Eco Resort, Nasi Ambeng disediakan dalam talam yang boleh dimakan oleh 4 - 5 orang dewasa atau sekeluarga. Terpulanglah kepada anda untuk memakan hidangan ini di dalam talam atau menggunakan pinggan, bersila atau duduk di meja makan.

-

Kami menawarkan Pakej Nasi Ambeng untuk dimakan di sini dan juga untuk dibungkus bawa balik. Selain itu tempahan Nasi Ambeng juga boleh dibuat dengan jumlah minima Nasi Ambeng sebanyak 10 dulang.

Pakej Nasi Ambeng - RM55.00



Nasi Putih

1/2 ekor Ayam Semur
Tumis Kacang Panjang
Sambal Goreng Jawa
Serunding
Mee (Kering) Goreng
Air Sirap 1 Jug

Hubungi kami di talian 03-9200 4181/03-92872672 untuk sebarang tempahan.

1 comment:

  1. sy nk tempah tp klu pos kt sabah blh x???hehehehe

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan komentar anda"