Tuesday, April 27, 2010

Tupai Terbang Merah.

By. Riverstone Eco Resort
Anda pernah melihat haiwan ini? Jika anda pernah melihatnya pasti anda akan terkejut kerana pada kebiasaannya haiwan ini akan memulakan aktiviti terbang pada waktu senja. Sebagaimana namanya haiwan ini mempunyai satu kemampuan unik yang istimewa. Ia adalah satu-satunya jenis tupai yang mampu melayang di udara.
Post by: Riverstone Eco Resort
Tupai Terbang Merah - Red Giant Squirrel atau nama saintifiknya Petaurista petaurista, merupakan antara haiwan yang terdapat di Malaysia. Tergolong dalam golongan haiwan bertulang belakang (vetebrata), kelas Mamalia iaitu berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan. Terdapat 43 spesies tupai ini di seluruh dunia.
Tupai Terbang Merah: Riverstone Eco Resort
Rahsia haiwan ini boleh terbang adalah lapisan kulit nipis yang boleh mengembang dan dilipat (mirip sayap kelawar). Catatan terbangan tertinggi tupai ini adalah sehingga 50 meter dengan luncuran sehingga sejauh 450 meter. Berat seekor tupai adalah dari 22 gram - 2.5kg, dengan panjang badan dari 1 - 1.3 meter. Jangka hayat haiwan ini boleh mencapai usia 15 tahun.
Haiwan ini merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan. Tetapi berlainan pula di Indonesia. Di Pasar Ngasem Yogyakarta, haiwan ini mudah didapati dan bukan merupakan haiwan yang dilindungi.

Gambar: Tupai Terbang Merah . Red Giant Squirrel
(Petaurista petaurista)
Red Giant Squirrel
Seekor anak tupai terbang ini terjatuh dari gendongan ibunya semasa membuat terbangan dari sebatang pokok durian. Kami pun ambil kesempatan posing kan baby tupai terbang ni...



Gambar: Tupai Terbang Merah - Red Giant Squirrel (Petaurista petaurista)
Lokasi: Riverstone Eco Resort 23.04.2010

Ini tupai terbang dewasa in action....
Kat Riverstone Eco Resort tiap-tiap kali senja menjelma kami akan menyaksikan haiwan ini terbang. Jika anda berasib baik, anda juga akan dapat menyaksikan aksi menarik ini.

Monday, April 26, 2010

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Mengimbas kembali sepanjang berlangsungnya Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25hb April 2010 (Ahad).
Saksikan paparan-paparan menarik untuk tatapan semua. Kemeriahan dan kehebatan setiap parti yang bertanding cuba untuk meraih undian.
Calon yang memenangi pertandingan, P.Kamalanathan.


Rai Kemenangan
Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yasin mengangkat tangan calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan selepas diumumkan sebagai pemenang pada pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor di pusat Penjumlahan Undi, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, semalam - BERNAMA

SRJK(C) Kampung Gurney, Hulu Yam Baru.
Menanti pengundi di Sek Agama, Taman Seri Liam.

Hah....ini ADUN mana pulak ni...En Jais rupanya, ni orang kuat Riverstone Eco Resort. Jais ni berasal dari Kampung Orang Asli, Bukit Mancung. Hari ini Jais penuh semangat, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab 1 Malaysia..

Menuju ke Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya, MK. Tempat mengundi Jais.


Kemeriahan di Pekan Rasa.

Pekan Rasa

Di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa.




Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini: "Keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor
25/04/2010 10:06pm


HULU SELANGOR 25 April — Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini.
1. P. Kamalanathan (BN): 24,997
2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272
Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935
Peratus/Percentage: 75.87
Undi rosak/Spoilt votes: 731
Majoriti/Majority: 1,725
Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)
Penyandang/Incumbent: Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (meninggal dunia 25 Mac) (tewaskan Datuk G. Palanivel: BN)
Undi diperoleh/Votes polled: 2008:23,177
Majoriti/Majority: 198
- Bernama"

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda: "32 tukang kecoh ditahan polis

HULU SELANGOR - Seramai 32 orang termasuk enam yang ditahan polis hari ini, kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi 'tukang kecoh' dan cuba menimbulkan kekacauan.

'22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini,' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat."

Friday, April 23, 2010

Iceland Volcano Pictures: Lightning Adds Flash to Ash

Fenomena letusan gunung berapi di Iceland baru-baru ini yang telah melumpuhkan hampir semua perkhidmatan udara dari dan ke negara-negara Eropah. Di sini kami kemukakan beberapa gambar menarik yang di ambil dari News National Geographic untuk menjadikan tatapan bersama pembaca blog ini. Saksikan









Iceland Volcano Pictures: Lightning Adds Flash to Ash: "White-Hot Show at Iceland Volcano
Photograph by Peter Vancoillie, Your Shot
A blast of white-hot lightning crackles over Iceland's Eyjafjallajökull volcano on Sunday. Clouds of volcanic ash from Eyjafjallajökull have snarled European air traffic for nearly a week.
National Geographic Your Shot submitter Peter Vancoillie took the photograph from about 18 miles (30 kilometers) away from the volcanic lightning storm, which not 'unlike a regular old thunderstorm,' said Martin Uman, a lightning expert at the University of Florida in Gainesville.
The same ingredients are present: water droplets, ice, and possibly hail—all interacting with each other and with particles, in this case ash from the eruptions, to cause electrical charging, Uman said. (See pictures of the Iceland volcano's ash plume.)
The volcanic-lightning pictures are 'really very sensational,' Uman said. 'Somebody ought to be up there with an HD movie camera—it's ready for the IMAX theater.'

—Christine Dell'Amore
Published April 19, 2010"

Wednesday, April 21, 2010

Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor

PERINGATAN PADA PENGUNDI
PERINGATAN PADA SUMUA PENGUNDI P94 HULU SELANGOR
Ingatan ikhlas kepada semua pengundi-pengundi Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor. Pilihlah calon anda dengan bijak. Fikirkan kebaikan dan manfaat yang akan diperolehi sekiranya calon pilihan anda mendapat kemenangan. Jangan nanti jadi seperti perumpamaan 'rumah siap, pahat berbunyi'. Masa depan anda, anda yang menentukannya.
Selamat Mengundi.





Berita Harian Online: "Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor
Mulakan Slideshow‹ SebelumSelepas › PEGAWAI Yang Bertanggungjawab (PYB), Kapten Ridzuwan Zulkifli (tengah) diiringi anggota tentera bersenjata bagi menerima kertas undi pos dan peralatan untuk dibawa ke Kem Tentera Kuala Kubu Bharu selepas diserahkan oleh pegawai SPR di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor. Seramai 799 pengundi akan membuang undi pos yang terdiri daripada anggota polis, tentera, petugas SPR dan termasuk tujuh pengundi yang berada di luar negara. - Foto Rosdan Wahid"


Tuesday, April 20, 2010

Restoran

=
Restoran D'River Cafe - terletak di Riverstone Eco Resort. Boleh memuatkan seramai 200 orang tetamu pada satu masa. Salah satu bahagian di Restoran D'River Cafe ini menampilkan konsep duduk bersila semasa menjamu selera. Bahagian ini merupakan bahagian yang sering menjadi pilihan pelanggan kerana lebih santai dan rasa seperti di rumah. Sesuai dengan konsep dan tagline Riverstone Eco Resort - At Home With Nature.
=
Di bahagian tepi restoran, besambung dengan lobi terdapat kolam ikan yang menempatkan ikan kap jepun dan seekor ikan kelisa kesayangan Bos yang dinamakan TUAH. Menjamu selera di sini memang nyaman dan damai. Bagi yang sukakan suasana malam, mereka memilih ruangan berhampiran kolam ikan semulajadi di bahagian anjung luar restoran.
=
Menyajikan masakan istimewa antaranya seperti, Pecel Lele, Pecel, Daging Bakar dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Tidak ketinggalan juga minuman herba istimewa Wedang Sere selain Nescafe Dangdut yang sering menjadi permintaan pelanggan.
=
Jadi...bila lagi anda mahu mencuba resepi-resepi istimewa ini?

Gambar : Restoran. Riverstone Eco Resort dari tempat bersila

Gambar: Dari lobi Riverstone Eco Resort






http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2010/04/team-building-corporate-warrior.html



Kami juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti : Annual Dinner, Birthday, Anniversary, Reunion juga Family Gathering. Tetamu juga boleh menempah kemudahan Karaoke yang disediakan.
=
Bagi pelanggan yang telah biasa menikmati hidangan di sini semasa bulan Ramadan, untuk tahun ini sekali lagi D'River akan menyajikan hidangan Buffet Ramadan dengan harga RM35.00 nett.
=
Kami menanti anda disini. Hubungi kami di talian 03-9200 4181 atau 013-2080833 untuk tempahan.
=
Sajian Enak Resipi Ibu
=
Breaking Fast Amidst Nature

Patin Tempoyak Hutan Lipur
Lokasi Kami
Resipi Istimewa dari Riverstone Eco Resort - at home with nature
Hidangan Istimewa dari Riverstone Eco Resort

Monday, April 19, 2010

Program TV : Arjuna


COMING SOON


www.krustudios.com/arjuna


Sejak dari 15 - 18 April 2010, krew-krew dari KRU Studio Productions telah berada di kawasan Riverstone Eco Resort untuk penggambaran program TV berjudul ARJUNA.

Sepanjang berada di sini mereka telah menggunakan beberapa kemudahan yang terdapat di resort kami...Riverstone Eco Resort dengan amat berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dari pihak KRU termasuk semua kakitangan yang terlibat dan juga krew sepanjang penggambaran ini berlangsung.


DAULAT TUANKU, Hari Keputeraan Sultan Perak





Daulat Tuanku


MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

SULTAN, YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN DAN JAJAHAN TAKLUKNYA

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 82
PADA 19 APRIL 2010


Sembah Takzim Daripada

Pengarah Urusan dan Kakitangan Riverstone Eco Resort




Saturday, April 17, 2010

Pekan Nostalgia - Brisu, Melaka.

Kebetulan ada urusan di Melaka pada 15hb April 2010, kami melalui sebuah pekan kecil Brisu menuju ke Lubuk Cina dan selanjutnya ke Masjid Tanah melalui tol Simpang Ampat. Tertarik dengan pemandangan pekan kecil ini kami berhenti seketika untuk merakamkan gambar-gambar nostagia yang mengamit kenangan lampau mengimbau sejarah peninggalan zaman.
Brisu
Semakin susah untuk menemui pekan sebegini sekarang. Deretan dua baris kedai dari papan dan beratapkan zink. Masih mengekalkan identiti lama dan juga masih menjadi tumpuan sebagai tempat membeli barangan keperluan penduduk tempatan.



Pekan kecil ini agak lengang pada waktu pagi. Terdapat beberapa orang penduduk tempatan sedang mendapatkan barangan keperluan. Semasa dalam perjalanan pulang kami melalui pekan kecil ini lagi, ternyata pemandangannya tidak banyak berbeza dari waktu pagi tadi...Pekan kecil ini mulai kehilangan pengunjungnya.
Anak muda telah berhijrah ke kota, laluan ini juga sudah tidak ramai yang menggunakannya. Ayer Keroh terus menjadi tujuan...bukan Simpang Ampat dan pekan kecil Brisu...Yang baru datangnya dari yang lama...



Kami merangka perjalan ke Tapah pada waktu terdekat ini atas urusan kerja. Jika berkesempatan kami akan memaparkan beberapa buah pekan kecil seperti ini untuk tatapan anda semua nanti. Rasanya di Tapah, kita akan menemui pekan kecil Temoh untuk dilawati. Nantikan kunjungan kami dan paparan gambar-gambar menarik kami di sini.


Wednesday, April 14, 2010

Sajian enak resipi ibu di RIVERSTONE

Berita Harian. Rabu, 14 April 2010

Sajian enak resipi ibu di
RIVERSTONE


Resort (RER) yang terletak berhampiran Empangan Batu, Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam Selangor.

Lokasi ini amat sesuai bagi bagi warga kota yang mahu menikmati Kedamaian alam semula jadi sambil merehatkan diri sejenak daripada kesibukan kota.

RER sering menjadi pilihan individu serta syarikat korporat untuk mengadakan pelbagai aktiviti riadah selain ada yang berkunjung semata-mata mencari kelainan merasai pengalaman baru makan di Restoran D'River dalam suasana ala kampung.

Hiasan landskap ala kampung dengan chalet yang berlantai buluh dan berdindingkan kayu membuatkan Riverstone memberikan kelainan bagi mereka yang tidak pernah merasai suasana sedemikian.

Tarikan utama pelanggan ke RER ialah Restoran D'River yang menyediakan pelbagai juadah masakan Melayu tradisional. Pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke RER pasti teruja kerana merasai pengalaman baru menikmati hidangan di pinggiran hutan yang memberikan kelainan dari segi suasana. Antara menu disediakan ialah ikan patin masak tempoyak, pecel lele, jantung pisang masak lemak cili api dan keli goreng berlada.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati daging bakar dan air asam, daging salai lemak cili api, terung goreng berlada, sambal goreng kampung dan pajeri nenas.
RER
Hamidah berkata, beliau memilih untuk menyediakan masakan ala Jawa dan ala kampung kerana menu itu mempunyai peminat tersendiri selain sesuai dengan konsep resort yang bercirikan alam semula jadi sekali gus mengimbau mereka kepada nostalgia kehidupan di kampung halaman.
RER
Semua resipi adalah ciptaan saya sendiri dibantu beberapa tukang masak. Masakan kampung D'River mempunyai kelainan tersendiri selain memelihara citarasa tradisional yang pastinya memikat hati pengunjung", katanya.
RER
Selain patin tempoyak, ada banyak lagi menu tarikan dan pilihan seperti pecal lele (ikan keli), ayam masak lemak cili api, semur daging, sambal goreng dan terung goreng berlada. Semua sajian kampung ini bertambah lengkap dengan ulam-ulaman kampung, sambal belacan dan ikan masin.
RER
Tidak lupa juga, satu lagi munu D'River Cafe yang popular ialah tempe goreng dan tauhu sumbat. Sebagai juadah sampingan, pengunjung disajikan snek tradisi seperti cekodok, pisang goreng dan roti jala.
RER
Terbaru di Riverstone Eco Resort, pelanggan boleh menikmati minuman Wedang Sere yang dijual pada harga RM5 segelas besar.Minuman kesihatan ini berasaskan herba antara khasiatnya adalah untuk melancarkan peredaran darah,penghadaman, membuang angin dan mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah, juga mehilangkan rasa loya dan kurang selera.
RER
Hamidah berkata, minuman ini dihidangkan dalam bentuk suam kerana jika dicampur ais akan mehilangkan khasiatnya.
RER
"Resepi minuman istimewa ini diperoleh di Yogjakarta dan saya tertarik melihat cara sajiannya yang menarik,"katanya yang menyusahakan RER bersama suami, Mohamed Ashari Sidek.
RER
Bagi yang belum pernah ke sana dan berhasrat untuk menghabiskan hujung minggu di RER, anda boleh menggunakan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), atau menyusuri Jalan Kuching menuju ke Batu Caves. Ambil susur keluar ke arah Ulu Yam di Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves dan ikut papan tanda ke arah Hutan Lipur Sungai Tua,Ulu Yam.
RER RER

Wedang Sere

http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2010/04/istimewa-hari-ini.html


Restoran Kami

http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2010/04/restoran.html

Monday, April 12, 2010

d'art of PELITA


Pelita. Lampu minyak tanah / Kerosene lamp



Ini merupakan antara koleksi pelita yang dimiliki Bos. Tapi koleksi yang ini ditempatkan di Riverstone Eco Resort. Tidak banyak maklumat mengenai pelita ini, kerana pelita jenis ini masih digunakan sehingga sekarang dan mudah didapati di kedai-kedai sekitar Kuala Lumpur. Mungkin kita juga boleh menyimpan pelita sebegini dirumah untuk digunakan sekiranya diperlukan.
Pelita
Kita lihat petikan di bawah yang diambil dari teks titah persembahan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari Keputeraan Ke 81, Sultan Azlan Muhibbudin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Perak pada 19 April 2009.
Pelita
"Warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyinsing, kerana hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba, hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita"
Pelita

Wah Bos...penting pelita ni Bos! Koleksi yang amat berharga ni..Dah ada tambahan koleksi?


Pelita Antik

Pelita Angun

Kesenian Pelita

Team Building - Corporate Warrior


Berlangsung pada 9 -11hb April 2010, sekali lagi Safeguard Securicor Academy telah mengadakan latihan di sini. Seperti biasa, latihan kali ini turut disertakan dengan pelbagai aktiviti rekreasi dan juga acara dewan yang mengetengahkan konsep 'team building'. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah sesi pertandingan karaoke yang perlu disertai oleh setiap ahli kumpulan. Namun demikian ada juga kumpulan yang tidak menghantar wakil solo sebaliknya menyanyi dalam satu kumpulan. Ini barulah 'team building'....

Saksikan aksi-aksi mereka semasa sesi ini...


Salah seorang peserta wanita yang turut bertanding.

Antara barisan peserta dan juga pemenang pertandingan kali ini.

General Manager Safeguard Academy (baju putih) Mejar (B) Ilyas Amir, Manager - Capt (B) Mat Isa dan jurulatih En Kamil dan En Saliman sedang khusyuk menyaksikan peserta membuat persembahan. Jurulatih pun kena tunjuk skill juga...En Kamil dengan lagu Selamat Tinggal boleh membuatkan mulut terlopong. En Saliman ni semua lagu boleh nyanyi...Capt (B) Mat Isa dengan Release Me...exectly macam Engelbert Humperdinct. Kena tabik kat semua jurulatih yang serba boleh ni.

Persembahan terakhir - Persembahan berkumpulan selaras dengan konsep "team building'....

Sementara menunggu keputusan, Mejar (B) Ilyas dan residence artist Riverstone Eco Resort, Sri Fadzielah mengambil tempat. Mejar (B) Ilyas ni suara memang merdu..especially bila beliau menyanyikan lagu-lagu golden oldies.

Majlis Penutup - Para peserta mendengar pesanan dari Ketua Jurulatih.

Gambar Kenangan.