Thursday, January 28, 2010

Bubur Abang

B
B
BUBUR ABANG
dari dapur Riverstone Eco Resort

B

Bubur Abang - bagi masyarakat Jawa di Teluk Intan, Perak, bubur ini merupakan satu hidangan tradisi yang wajib dan unik untuk pelbagai upacara dalam kehidupan seharian. Bubur Abang melambangkan kesyukuran bagi masyarakat Jawa. Ia akan dihidangkan sempena kelahiran anak, perkahwinan, pertunangan, ulangtahun kelahiran, menamakan anak, upacara turun tanah, lulus periksa, dapat keuntungan perniagaan, mendapat hasil tuaian, baik dari demam, pendek kata apa juga kejadian, bubur ini pasti akan dihidangkan.

B

Apakah Bubur Abang ni? Abang bermaksud merah. Namun begitu warnanya bukanlah merah, tetapi coklat keperangan hasil dari penggunaan gula merah. Mungkin kerana itu lah juga ia dipanggil Bubur Abang.

B

Macam mana nak buat Bubur Abang? Seperti membuat bubur nasi, beras direbus sehingga lembut, tambahkan santan, garam dan daun pandan. Asingkan sedikit bubur ini ke dalam mangkuk dan baki bubur di dalam periuk ditambah gula pasir dan gula merah sesedap rasa. Apabila menghidangkannya letakkan bahagian putih yang diasingkan tadi di atas bubur tersebut. (seperti gambar)

B

Biasanya bagi masyarakat jawa di Teluk Intan, majlis sedemikian dipanggil "Among-Among" yang biasanya akan disertai dengan hidangan tradisi orang jawa juga iaitu Keluban. Selain itu sebagaimana majlis kenduri yang lain, upacara akan di sertai dengan bacaan doa selamat oleh Pak Imam. (kita akan bercerita mengenai Keluban di lain keluaran )

B

Bagi masyarakat Jawa di tempat lain cara menghidang bubur ini juga adalah bebeza walaupun dengan tujuan yang sama iaitu sebagai tanda kesyukuran. Bubur Putih diletak di tengah-tengah bubur merah untuk menandakan majlis itu meraikan anak lelaki. Contohnya berkhatan atau harilahir. Bubur Merah diletak di tengah-tengah bubur putih untuk meraikan anak perempuan.


Resepi Bubur Abang

2 cawan beras
2 helai daun pandan
4 cawan santan
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1 sudu kecil garam

Rebus beras sehingga lembut. Selalu dikacau dan ditambah air. Setelah itu masukkan santan, garam dan daun pandan. Kacau sehingga sebati, asingkan sedikit bubur ini. Kemudian bancuh gula merah, tapis dan masukkan ke dalam baki bubur ini. Tambahkan gula putih atau ikut citarasa anda sendiri.

Selamat mencuba...

Bagi pembaca yang ingin membuat tempahan Bubur Abang sempena majlis di Riverstone atau pun di rumah bolehlah menghubungi kami.
B

B

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"