Tuesday, January 26, 2010

CHALET KAYU


Pandangan hadapan Chalet Kayu.
Dinding Chalet Kayu menggunakan bilah belahan kayu. Menghasilkan satu keunikan yang amat berbeza. Menginap di Chalet Kayu juga merupakan satu pengalaman menarik, walaupun tiada penghawa dingin, suasana malam yang sejuk turut dirasai oleh penghuni Chalet Kayu. Tingkap-tingkap di Chalet ini tidak dilengkapi dengan langsir, ini adalah untuk membolehkan angin malam menerjah masuk ke dalam Chalet ini.


Pemandangan bahagian belakang Chalet Kayu dilihat dari Dewan Sungai Gimba.


Bahagian balkoni belakang Chalet Kayu. Anda boleh bersantai disini, melihat kehijauan pepohonan dan menikmati udara segar.


Bahagian dalam Chalet Kayu, yang dilengkapi dengan katil queen, tuala, sabun dan syampoo. Di dalam Chalet Kayu ini terdapat kemudahan bilik mandi tanpa tandas. Kemudahan tandas untuk semula Chalet Kayu terletak kira-kira 30 meter dari Chalet.


Harga : RM120.00 semalam tanpa sarapan pagi
Jumlah Unit : 3 unit
Masa check in : 2.00 pm
Masa check out : 12.30pm




1 comment:

  1. Email:artwoodmalaysia@yahoo.com
    Fb: artwood changkat
    Menjual kayu kayan chengal dan merbau kami memastikan harga yg ditawarkan jauh berbeza dari harga pasaran.
    Membina chalet dan perabut bergantung pada idea pelanggan.
    Hubungi kami ditalian artwood : 0162382225

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan komentar anda"