Tuesday, January 19, 2016

Dari Dapur Riverstone Eco Resort

LABU DAN ANEKA HIDANGAN DARI LABU






Labu ini kami tanam berhampiran kawasan resort.

KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A.
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
2. Kulit Halus Berseri.
Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
3. Antioksida.
Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
4. Rabun Malam.
Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.
5. Masalah Paru-Paru.
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.   Wallahu'alam.


JUADAH DARI LABU



Labu Manis





Pengat Labu

Pengat dan Labu mmg sangat sinonim. Inilah juadah pertama yang akan kita ingat bila disebut labu. Ada lagi beberapa juadah sinonim dengan labu yang akan saya kongsikan dengan anda semua disini nnti.

Cara-caranya :

1/2 biji labu manis dibuang kulit dan dipotong dadu
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1 sudu tea garam
1 helai daun pandan
2 cawan air

Rebus labu dengan 2 cawan air sehingga empuk. Masukkan garam, gula dan daun pandan. Masukkan santan sekiranya perlu boleh ditambah air dan juga gula mengikut citarasa anda.
Pada yang suka boleh juga ditambah gula merah atau pun sagu.






Labu Goreng

Cara-caranya :

1/2 biji labu dibuang kulit dan dipotong nipis
1 cawan tepung gandum
1 sudu tea garam
secubit serbuk kunyit
1 sudu makan tepung beras
air secukupnya

Bancuh tepung dengan semua bahan sehingga sebati, tambahkan 1 sudu minyak masak panas dalam adunan untuk menjadikan adunan lebih rangup.
Goreng labu sehingga kekuningan.





Labu Rebus + Kelapa

Cara-caranya :

1/2 biji labu dibuang kulit dan direbus dengan 1 sudu makan garam. Toskan
1/2 cawan kelapa parut putih.
Semasa menghidang letakkan kelapa diatas labu dan taburkan sedikit gula diatas kelapa parut.
Enak untuk dimakan sepanjang masa.



 
Cekodok Labu

Cekodok Labu boleh dibuat dengan 2 cara. Iaitu labu direbus dan dilenyek atau pun diparut. Apa pun cara yang anda lakukan ianya tetap sedap.

Cara-caranya :

1/2 biji labu dibuang kulit @ rebus dan lenyek
atau
parut dengan parut kelapa.
1 cawan tepung gandum
1 sudu tea garam
1/3 cawan gula putih
1 biji telur

Gaulkan semuanya sehingga sebati, sekiranya masih agak lembik tambahkan sedikit lagi tepung gandum. Goreng sehingga kekuningan. Hidangkan dengan kopi O.




Selamat mencuba....


Salam kasih sayang dari Kak Midah @ Dari Dapur Riverstone Eco Resort.













No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"