Saturday, July 30, 2011

RAMADAN antara premis pilihan berbuka puasa

Berita Harian Sabtu 30 Julai 2011

INSPIRASI makan luar


AMBENG ULU YAM

KEDATANGAN Ramadan pasti membuatkan ramai antara kita berkira-kira mencari tempat berbuka yang sesuai untuk seisi keluarga dan paling penting, juadah dihidangankan mestilah sama seperti masakan ibu di rumah.

Antara premis yang menjadi pilihan ramai, sudah pasti Riverstone Eco Resort di Batu Caves yang saban tahun menyajikan hidangan berbuka puasa selera kampung dengan persekitaran menghijau persis berbuka puasa di desa.

Terletak di Batu Caves, Selangor pemandangan indah dan mendaimaikan menemani anda sehingga menjejaki premis popular ini. Namun, anda perlu berhati-hati mencari Riverstone Eco Resort kerana lokasi ini agak tersorok. Namun, sebaik menjejak kaki ke premis ini, anda akan terputus hubungan dengan hiruk pikuk ibu kota.

Pengurus Besar Riverstone Eco Resort, Hamidah Asararuddin berkata sepanjang Ramadan pihak nya menyediakan hidangan bufet masakan kampung selain resipi istimewa dan tarikan terbaru.

Ramadan kali ini masuk kali ketujuh premis berkenaan menyediakan untuk tetamu yang teringin merasai juadah trdisi ini.

"Lazimnya, nasi ambeng kami sajikan pada hari biasa setiap hujung minggu dan tidak pernah dimasukan dalam bufet Ramadan. Namun , kali ini atas permintaan ramai, kami menyediakan juadah ini.

"Apa yang unik nasi ambeng ini menggunakan resipi istimewa turun temurun dan saya sendiri yang menyediakan segala ramuan dengan dibantu pekerja," Katanya kepada kolum Makan Luar.

Nasi ambeng adalah hidangan istimewa masyarakat Jawa dan selalunya juadah ini dimakan beramai-ramai dalam satu dulang. Antara lauk yang disajikan dalam nasi ambeng termasuk ayam, Resort tepi sungai sajikan hidangan kampung sepanjang Ramadan sambal, serunding, mi goreng dan sayur. Namun, di Riverstone Eco Resort, nasi ambeng dihidangkan dalam pinggan dan bolih dimakan seorang


Selain itu, tarikan lain di restoran ini termasuk patin masak tempoyak dan pecal mbaah wedok yang menjadi hidangan wajib setiap kali tibanya ramadan.

"Pelanggan setia yang selalu datang ke sini pasti mencari dua hidangan ini . Patin yang masak sangat segar dan dimasak dengan menggunakan resipi keluarga.

Pecal kami berbeza dengan yang lain. Kuah pecal kami pekat dan ada pelbagai jenis sayur yang dicampur. Juadah ini pasti membuka selera sesiapa saja," kata Hamidah.

Lebeh 30 hidangan disediakan dalam bufet Ramadan restoran ini pada harga RM40 untuk pelanggan dewasa dan RM20 (kanak-kanak). Kemudahan lain seperti surau dan tandas juga di sediakan, malah pengurusan Riverstone Eco Resort menawarkan pakaj istimewa kepada pelanggan yang ingin bermalam di resort ini.

Pelanggan yang mahu berbuka puasa dan bermalam di sini, usah risau kerana pakaj sahur juga disediakan di resort ini.





INFO

  • Permis terletak di Jalan Sg. Tua menuju Ulu Yam, kira-kira 9 kilometer Batu Caves
  • Tapak letak kereta luas disediakan
  • Kadar bayaran RM40 untuk pelangan dewas dan RM20 untuk Kanak-kanak
  • Digalakan membuat tempahan awal bagi mengelak kehabisan tempat
  • Turut menyediakan pakaj sahur bagi tempahan secara berkumpulan atau keluarga
  • Untuk tempahan hubungi 03-92004181, 013-2080833 atau laman web www.riverstoneecoresort.com

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"