Tuesday, May 10, 2011

PROGRAM SURVIVAL DEDAH PESERTA CARA HIDUP DALAM HUTAN

Harian Metro 1klassifieds Selasa, 10 Mei 2011



RIVERSTONE Eco resort sekali lagi menganjurkan program Kreatif Survival Kem pada 3 dan 5 Jun ini untuk peserta berusia 15 tahun ke atas sebagai kesinambungan kepada siri yang diadakan Mac lalu.

Bagaimanapun, progrom kali ini lebih menarik dan mencabar kerana banyak mendedahkan peserta kepada aktiviti dalam hutan, termasuk cara menyelamatkan diri sekiranya tersesat.

Pengarah Program Hamidah Asararuddin berkata, kali ini peserta akan menginap dalam hutan, mempelajari cara dan kaedah menggunakan bahan-bahan hutan untuk dijadikan peralatan memasak dan minum.

"Peserta juga akan dilatih membina perlindungan sekiranya terpaksa tidur pada waktu malam di dalam hutan. Mereka akan diajar cara mencari bahan makanan dan mengenali tumbuh-tumbuhan dan daun-daun yang boleh dimakan atau dimasak.

"Aktiviti untuk peserta lebih mencabar kerana selain dibawa berkhemah di dalam hutan, meraka akan diminta hidup secara 'survival' dengan hanya menggunakan peralatan yang ada di sekitar mereka. Contohnya, memasak nasi dalam buluh dan merebus telur dalam tanah," katanya.

Hamidah berkata, sambutan yang menggalakkan dari kalangan peserta yang menghadiri program di Riverstone pada Mac lalu membuatkan pihaknya berhasrat menjadikan program seperti itu sebagai acara setiap kali menjelang cuti sekolah.

"Ini bagi memberi peluang kepada pelajar mengisi masa lapang dengan program dan aktiviti berfaedah. Program kali ini tetap dengan matlamat yang sama iaitu memberi input kepada remaja mengenai pengetahuan dan amalan nilai murni supaya dapat melahirkan remaja yang seimbang dunia dan akhirat, selain mampu berdikari," katanya.

Beliau berkata, program itu bertujuan melahirkan remaja yang berkeyakinan, dedikasi, berdikari dan berdisiplin, tinggi motivasi diri, menghormati orang tua dan mengamalakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Hamidah menjelaskan, selain aktiviti anatra pengisian program ialah permainan simulasi, solat berjemaah, riadah, kuliah Subuh dan Maghrib. Turut diadakan ialah aktiviti rekreasi dan riadah seperti berjalan malam, merentas halangan, Flying Fox dan permainan paintball.

Peserta akan ditempatkan di Riverstone Eco Resort di hutan lipur Sungai Tua Bt. Caves dikelilingi suasana persekitaran alam semula jadi yang seger dan menyamankan. Peserta diminta membawa keperluan diri seperti pakaian dan kaut sukan, pakaian /keperluan untuk sembahyang, pakaian tidur termasuk kain batik dan pelikat, barangan mandian, selimut dan cadar.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-92004181 atau 013-208033 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


INFO

* Kem bagi peserta 15 tahun ke atas diadakan pada 3 - 5 Jun ini
* Maklumat lanjut layari http://www.riverstoneecoresort.com/

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"