Friday, October 8, 2010

Pertemuan Ex-Semarak 1970an dan 1980an

Tanggal 25 September 2010, melakar sejarahnya yang tersendiri. Pertemuan setelah 30 tahun berpisah bagaikan sebuah drama indah yang menggamit memori setiap yang hadir. Gelak tawa dan kenangan indah zaman persekolahan mencuit hati dan mengusik kenangan masing-masing.
Riverstone Eco Resort menyaksikan kenangan indah ini bila dua zaman Ex-Semarak bertemu kembali. Zaman 1970an dan zaman 1980an bertemu di sini sempena Majlis Hari Raya Aidil Fitri yang dianjurkan oleh En Mohd Ropaat Khamid. Bermula dari idea beliaulah maka Majlis ini dirancang dan diwar-warkan menerusi laman Facebook.
Walaupun kehadiran tidak seramai yang dijangkakan, tetapi kemeriahannya tetap dirasakan. Jamuan hari itu menghidangkan menu Nasi Ambeng dalam konsep buffet..... sungguh pun tak ada Nasi Ambeng dalam dulang dalam pinggan pun dapat mengubati keinginan dan nostalgia menikmati Nasi Ambeng seperti yang dikehendaki oleh penganjur.



Ex-Semarak 1970an

Bos Riverstone Eco Resort, En Mohamed Ashari Sidik merupakan Ex-Semarak 1970an...dah nampak senior semua ni Bos!




Kepada yang ingin saling berhubung bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera. Kepada yang tidak hadir sekiranya anda berminat untuk berhubung dengan rakan-rakan lain, sila kemukakan gambar terbaru dan no telefon kepada kami. Insyaallah kami akan merancang untuk mengadakan pertemuan lagi sempena Hari Raya akan datang.





Ex-Semarak 1980an
Di antara Ex-Semarak 1980an ini adalah Dr Mohd Ridhuan Tee, sempena kehadiran beliau di majlis ini, En Ropaat mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan forum dengan tajuk "Erti Persahabatan" yang di Pengerusikan oleh beliau sendiri dan ahli panel terdiri dari Dr Mohd Ridhuan Tee dan Sdr Nor Azam.
Kelakar Dr Mohd Ridhuan ni...dia yang merupakan rakan baik kepada Pn Hamidah telah menjadikan Pn Hamidah sebagai idola dan contoh sahabat sejati dalam forum ini. Tak kering gusi semua yang hadir ketawa dengan seloroh dan gurauan beliau sepanjang forum ini berlangsung. Semua yang diperbincangkan banyak mengimbas kembali kenangan di zaman persekolahan dan suasana masa kini. Indahnya masa itu, andainya masa boleh berulang kembali.........


Pn Hamidah yang merupakan Ex-Semarak 1980an bersama rakan-rakan.


Orang kuat Tingkat 6 Atas Sastera 1985. Ketua-ketua Prifek Sekolah pun ada kat sini....




Nampaknya Ex-Semarak 1980an ni lebih bersemangat untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Ini merupakan sebahagian dari yang hadir...ada beberapa orang lagi yang tidak ada dalam gambar dan juga ada yang lewat sampai.
Walau apa pun...kami amat berterima kasih kepada En Mohd Ropaat Khamid yang juga merupakan Ex-Semarak 1980an kerana telah berusaha untuk menjadikan pertemuan ini satu kenyataan. Kepada yang tinggal di luar dari Lembah Kelang dan dapat menghadirkan diri...anda adalah sahabat sejati.....
Ikan Merah dimasak pagi
Dimasak pagi dengan cili
Panjang umur bertemu lagi
Kehadiran semua amat dihargai....






4 comments:

  1. Buah pauh di tepi gua,
    Daun bebat dicincang lumat,
    Dari jauh ku susun doa,
    Moga sahabat sihat selamat ..

    RIMBA JATI

    Mendenyut kemarau ke jantung rimba
    Hutan Roban jati mengujur bukit
    Kehidupan coklat terbentang di sela musim

    Seekor helang menyelinap hitam dahan-dahan botak telanjang
    Lengking menikam ruang terkabar daun-daun kesat membumi
    Tanah mersik menua, jati dewasa di dada

    Mendesing musim ranggas kuning-kuning bercenungan
    Bukit penyimak peristiwa terbungkuk tua Mengujurkan kakinya ke laut kelabu

    Gairah terbaring pada satu hanya musim
    Depan rimba jati, mendenting pada satu titik api
    Gairah terik musim membakar jantung rimba jati

    Menerjang asin ombak ke kaki bukit terbungkuk tua
    Bumi mersik lekah di puncak demam makin melela
    Demam rimba jati dituang ke satu titik api musim di muka

    Capt Hassan - Kuantan

    ReplyDelete
  2. PELITA DAN LELAKI

    Aku ingin menyala terang benderang
    Menerangi gelap dan kelam malam
    Tapi aku hanya damar pelita
    Hanya setitik bintik cahaya
    Tak tergantikan mentari dan bulan purnama

    Aku ini lelaki memaki diri sendiri
    Di bumi yang gelap hilang mentari
    Aku ini pelita dan kau ini dunia tempat ku berpijar
    Menjaga benderang terangi dunia yang tak ada
    Tak sampai hati tinggalkan pagi yang sepi
    Maka ikhlaskan diriku menerangi
    Bumi yang tak bermentari

    Ku menyala di kelambu jiwa ..
    Hanya sebagai pelita kecil ,
    Mahu menolong jiwa yang tersasar
    Moga menemukan jalannya kembali
    Di atas cahaya itu tersembunyi sebuah kelembutan
    Moga cahaya itu tetap menerangi setiap langkah kaki ini ..

    MOHAbIS .. Indera Mahkota, Kuantan

    ReplyDelete
  3. Thanks bro....sayu puisi yang kat atas tu.

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan komentar anda"