Thursday, August 19, 2010

Seni Pelita

Nostalgia Seni Pelita....


Pelita sering dikaitkan dengan kehidupan harian, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai simbol kecekalan dan kegigihan seseorang. Pelita pada masa ini boleh dikategorikan sebagai barangan antik, barangan nostalgia. Tidak semua rumah masih memiliki pelita, pemodenan telah merubah penggunaan pelita. Ia tidak lagi dinyalakan untuk menyinari kegelapan malam. Ia sekadar disimpan atau ada yang telah dibuang dari simpanan.


Bagi Bos Riverstone Eco Resort - En Mohamed Ashari Sidik, beliau menjadikan pelita sebagai bahan koleksi. Menggumpulkan pelita yang terdiri dari pelbagai jenis dan bentuk sebagai hobi. Baginya pelita memang amat bermakna dalam kehidupan. Dari zaman kecil, remaja dan sehingga kini beliau masih menggunakan pelita untuk menerangi kegelapan malam.


Sebanyak lebih kurang 100 buah pelita telah beliau kumpul dan disimpan sebagai koleksi. Sebahagian pelita didapati dari dalam negara dan tidak kurang juga yang dibeli semasa melawat luar negara. Ada juga pelita yang dihadiahkan oleh rakan.


Kesemua pelita buat masa ini dipamerkan di Lobi Riverstone Eco Resort dan selepas ini akan ditempatkan di Galeri sementara di pejabat Etika Sihat Sdn Bhd di Cheras.

Anak dan Ayah berkongsi hobi yang sama....

Antara koleksi yang disimpan.

Pelbagai jenis pelita yang masih berfungsi.

Koleksi pelita milik golongan bangsawan yang terdapat dalam simpanan. Pelita ini dibeli semasa melawat ke luar negara.

Pelita jenis ini masih banyak terdapat dijual di kedai.

Antara koleksi nostagia yang dimiliki.


No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"