Wednesday, June 30, 2010

Petua Kecantikan - Bibir Merekah


Bibir Merekah...anda mempunyai masalah ini...atasinya dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan sekali sehari untuk mendapatkan bibir yang lebih cantik.

AFFIN BANK BERHAD


Out door Training -
Response Ability Camp Training Program
2nd to 4th July 2010
Welcome to all participants.

Tuesday, June 22, 2010

Wali Songo Tour



March, aku ke Jogjakarta lagi. Cuma kali ini aku datang ke sini bersama keluarga sempena cuti sekolah dari 16 hingga 19 March 2010. Kunjungan kali ini juga bersama orang yang paling istimewa sekali Abahku - Asararuddin Hj Rafie. Kunjungan kali ini adalah untuk memenuhi impian abah...menjejaki dan melawat tinggalan Wali songo. Walaupun kami hanya dapat melawat dua makam tetapi Abah sudah cukup gembira. Perjalanan kali ini akan membawa kami dari Jogja ke Solo, Semarang, Kudus dan Demak.

Seperti biasa kali ini aku turut disertai oleh keluarga rakan baik, Abdul Rahman Mohd Sadri....

Dari Kuala Lumpur dengan pesawat MAS, kami tiba di Jogja pada jam 10.30 pagi. Di Lapangan Terbang Adi Sucipto, Muhammad Hadi, yang merupakan rakan dan Pengurus Pelancongan, Trend Tour, ejen pelancongan di Jogja telah menanti dengan senyuman. Perjalanan kali ini seperti perjalanan sebelumnya akan disertai juga oleh Hadi.

Seperti yang telah dirancang, dari Jogjakarta kami terus menuju ke Semarang. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Solo, oleh kerana Abah belum pernah ke sini, apa yang dilihat di sini amat asing baginya. Semuanya bagi Abah amat pelik...semuanya Abah bandingkan dengan Malaysia...anak bujang aku, Asyraf Faiq, diberikan tugas untuk menjaga dan menemankan atoknya...pening juga Faiq nak jawab soalan-soalan Abah. Mujurlah Faiq dah biasa di sini dan ini merupakan kunjungan ketiga Faiq ke sini.

Kami sempat juga melawat Pasar Antik Triwindu, dan seperti biasa, pelita merupakan bahan pencarian utama di sini. Tidak hampa, suami memperolehi sebuah pelita yang cantik, unik dan boleh tahan juga mahalnya. Aku tak lepaskan peluang untuk membeli belah di PGS..tak banyak pun sekadar beberapa helai baju batik dan beberapa pasang kain ela dan kebaya untuk anak dara Natasha Atiqah....(semasa artikel ini ditulis Natasha berada di Sarawak untuk menjalani latihan PLKN di Kem Puncak Permai, Bau, Kuching, Sarawak.......Yang, mama rindu sangat).

Kami makan tengahari di Restoran Pecel Solo. Sebuah restoran kecil dengan dekorasi yang menarik dan telah dikunjungi oleh ramai pemimpin Indonesia termasuk Bambang Yudhoyono sendiri. Uniknya di sini terdapat dua jenis kuah pecel untuk dipilih, kuah pecel dari kacang tanah atau kuah pecel dari bijan....dua-dua pun sedap. Cawangan restoran ini di Jogja merupakan antara restoran yang menjadi tempat wajib untuk dikunjungi setiap kali aku ke Jogja..

Sepanjang perjalanan pemandu pelancong, Pak Rahardjo banyak menceritakan tentang sejarah, asal usul kerajaan dan raja-raja selain wali songo itu sendiri, metos, juga pelbagai maklumat berkaitan pulau jawa kepada kami. Yang menariknya bila beliau bertanya kami apakah maksud perkataan Jawa. Menurut Pak Rahardjo Jawa bermaksud Jago Wang. Secara simboliknya bermakna orang jawa ni pandai berjimat cermat dan menyimpan duit.

Kota Semarang

Menghampiri Kota Semarang, masing-masing dah kelaparan. Kami terjumpa sebuah restoran yang cukup terkenal di Jogja....rupanya ada juga cawangan di sini, Gama Candi. Apa lagi terus makan malam hidangan ikan bakar di sini.

Semarang mempunyai beberapa keistimewaannya tersendiri. Dari segi makanan, Bantheng Presto merupakan makanan popular di sini. Bantheng merupakan ikan sungai yang telah di keringkan seperti satay dengan saiz yang agak besar dan boleh dimakan dengan nasi.

Semarang juga terkenal sebagai tempat pengeluaran jamu dan yang popular di sini ialah Jamu Cap Jago dan Jamu Nyonya Meneer. Dapat dilihat deretan kilang-kilang jamu di sepanjang pinggir kota Semarang.

Semarang juga terkenal sebagai bandar pelabuhan. Selain itu ia juga dikenali sebagai kota banjir, mungkin kerana kedudukannya berhampiran dengan laut. Banjir di sini tidak hanya oleh air hujan, tetapi juga oleh air pasang. Melalui pemerhatian penulis ini mungkin disebabkan oleh sistem perparitan. Sepanjang perjalanan keluar dari Semarang menuju ke Kudus, dapat dilihat Kota Semarang basah dan air masih bertakung di beberapa tempat. Malahan jalan-jalan di sini juga tidak rata mungkin kerana terlalu sering banjir, tar juga turut terhakis.

Daerah Kudus

Daerah Kudus merupakan daerah pengeluar rokok. Di sinilah terdapatnya kilang rokok Kretek dan Djarum. Selain itu Kudus juga dikenali dengan penghasilan Dodol. Seperti di Malaysia, dodol biasa dan dodol durian juga ada di sini, terdapat juga dodol kacang tanah, dan dodol sirsat (dodol dari buah durian belanda). Semuanya sedap...

Komplek Makam Sunan Kudus tidak boleh dimasuki oleh kenderaan luar. Kami menuju ke stesen angkutan awam dan ditetapkan untuk menaiki dua buah angkot untuk ke sana. Untuk anda yang belum pernah ke sini, terlalu ramai peminta sedekah yang mengekori ada dari hentian angkot menuju ke makam....kami telah diberitahu oleh pemandu pelancong kami untuk tidak mengendahkan mereka ini. Oleh kerana aku tahu berbahasa jawa...maka adalah perkataan-perkataan tidak enak yang terkeluar dari mulut peminta sedekah ini apabila kami tidak mengendahkan mereka....tutup telinga saja la.

Komplek makam mempunyai pintu masuk dan pintu keluar yang merupakan pintu gerbang yang di bina dengan pengaruh senibina hindu. Ada metos yang menjadi kepercayaan penduduk tempatan mengenai laluan keluar dari komplek ini. Terdapat dua laluan keluar, satu menerusi pintu gerbang dan satu lagi melalui pintu kecil di sisi pintu gerbang.....ramai yang memilih untuk melalui pintu kecil.....kami pun ikut pintu kecil je la.

Usai melawat makam ini, kami kembali ke kenderaan dengan menaiki beca.....tak boleh naik angkot atau kenderaan lain. Sekarang giliran beca pula untuk mendapat upah...tak ada pilihan lain, cari pasangan anda dan naik beca yang telah di khususkan untuk ahli rombongan...

Satu pengalaman indah dan ngeri menaiki beca....Beca di sini lebih berkuasa dari kenderaan lain. Lampu merah pun terus kayuh je...tak payah berhenti. Penumpang beca yang pejam mata ngeri. Pengayuh beca ni pun mengayuh beca dengan laju...kecut perut betul. Nak naik lagi beca ni? Emmmm kena fikir dua tiga kali la....

Daerah Demak

Kami meneruskan perjalanan ke Demak. Tempat bersemadinya pemimpin Wali Songo, Sunan Kalijaga. Melihat rekabentuk Masjid Agung Demak ini, kita bagaikan tertanya-tanya, di manakah menara masjid ini? Mengikut sejarahnya, masjid ini dibina tanpa menara kerana pemerintah pada masa itu mengamalkan toleransi dari segi agama. Jika dilihat dari sudut senibina, masjid ini mempunyai pengaruh senibina cina dan hindu.

Semasa permulaan Islam bertapak di sini, Raja memerintahkan supaya gemelan dimainkan di perkarangan masjid supaya penduduk tempatan akan datang beramai-ramai untuk mendengar paluan gamelan. Ketua-ketua agama mengambil kesempatan ini untuk melakukan proses pengislaman kepada penduduk tempatan yang hadir.

Makam Kadilangu pula merupakan Komplek Makam Sunan Kalijaga. Oleh kerana kesuntukan masa kami tidak menziarahi makam ini tetapi hanya melawat Masjid Agung Demak yang juga merupakan masjid tinggalan Sunan Kalijaga. Selesai sudah lawatan kami ke Kudus dan Demak, maka tertunailah juga hasrat Abah untuk melawati tinggalan Wali Songo.

Dari Demak kami meneruskan perjalanan ke Jogja melewati Daerah Unggaran, Ambarawa, Secang, Magelang dan Muntilan. Nama-nama kampung di sepanjang perjalanan ini dimulai dengan perkataan Sleman...yang membawa maksud Hutan Gajah. Menurut Pak Rahardjo dahulunya banyak kawanan gajah menghuni kawasan ini sebelum hutan ini diteroka dan dijadikan kampung.

Melewati Magelang hari sudah senja. Getuk Ubi merupakan makanan popular di Magelang. Getuk Ubi di sini ada pelbagai rasa, bentuk dan warna. Malahan telah dikotakkan untuk dijadikan oleh-oleh khas Magelang.

Magelang juga popular dengan salak pondohnya. Oleh kerana hari telah gelap, kami singgah di kedai tepi jalan sahaja untuk membeli buah Salak. Tidak seperti selalu, aku akan membawa ahli rombongan memetik sendiri buah salak dari kebun. Makan malam di Restoran Sintawang...dan terus ke Hotel Santika Premier Jogjakarta, yang merupakan hotel penginapan kami.

Bagi anak-anak lawatan hari ini telah berakhir. Bagi kami, belum lagi. Hadi telah menyediakan kereta dan pemandu untuk membawa kami bersiar-siar dan menikmati keindahan malam di Jogja. Apa lagi aku mesti tunjuk kat Rahman tempat lepak kalau ke sini...kami ke Reminten. Sebuah restoran dengan konsep santai dan harga yang amat berpatutan...macam-macam makanan dan minuman serta beberapa jenis jamu disediakan di sini. Ada rondo royal, kopi purwoceng, roti keju, es degan dan tak ketinggalan juga fries ubi kayu...

Inilah yang membuatkan aku selalu rindu untuk ke Jogja. Makanannya yang pelbagai, murah dan keramahan orang-orang di sini selalu memikat hati....

Daerah Kaliurang, Kaliadem dan Kuncen

Selepas sarapan kami menuju ke Ullen Sentalu di Kaliurang. Ullen Sentalu merupakan muzium Kesenian Jawa milik peribadi seorang doktor anak kelahiran tanah jawa yang telah menetap di Amerika Syarikat. Dalam perjalanan pulang aku bawa Abah singgah ke kedai Mbah Carik. Di sini popular dengan juadah Wajik dan Jadah. Jadah merupakan juadah tradisi masyarakat jawa yang diperbuat dari pulut dan kelapa yang ditumbuk lumat dan dipotong kecil-kecil. Oleh kerana rasaya lemak Jadah sesuai dimakan dengan Wajik yang rasanya manis. Bagi masyarakat tempatan di sini, Jadah dan Wajid dimakan bersama Tauhu dan Tempe Bacem. Di kalangan masyarakan Jawa di Malaysai ni Jadah hanya akan ditemui semasa majlis perkahwinan yang biasanya dihidangkan kepada orang kampung yang datang menolong.

Kami tidak ke Merapi di Kaliadem. Hanya dapat menunjukkan puncak Merapi pada Abah. Oleh kerana Abah tidak pernah ke Merapi, Pak Rahardjo menceritakan bahawa Merapi mempunyai penjaganya yang tersendiri. Penjaga ini merupakan orang yang telah dilantik oleh Sultan. Embah Marijan merupakan Penjaga Kunci semasa Merapi meletus baru-baru ini, dan beliau masih merupakan Penjaga Kunci Merapi sehingga kini

Dalam perjalanan kami singgah di Daerah Kuncen. Nak cari apa di sini? Nak cari pelita lagi di Pasar Klitikan. Pasar Klitikan merupakan pasar barangan lama juga barangan baru. Anda akan jumpa apa saja yang anda peran di sini, barangan dapur, motor, kereta, barangan elektrik, yang baru yang lama semua ada....wah dah banyak kali ke sini pun inilah baru pertama kali aku ke sini. Memang menarik di sini. Seperti biasa, jumpa juga sebuah pelita yang cantik. Walaupun beli di pasar barangan lama, oleh kerana pelita ini pelita lama....harganya tetap mahal. Tapi tak apa....puas hati.

Malioboro

Maliboro merupakan nadi Jogjakarta. Tak sah ke Jogja jika tidak ke sini. Aku mesti bawa Abah ke sini. Baru sampai je di pangkal jalan. Abah dah pening kepala....Bau hancing kencing kuda dari Dolkar (kereta kuda) yang berderetan di kiri kanan jalan membuatkan Abah mual...tak boleh tahan. Aku bawa Abah ke Mirota Batik, kat sini pun banyak benda yang boleh dijadikan cendera hati. Abah beli banyak juga kopi, rokok buatan tempatan dan juga beberapa helai baju batik Jogja. Aku pula bila ke sini benda pertama yang dicari adalah sabun sireh. Aku bawa suami ke tingkat 2 bangunan ini untuk melihat deretan pelita antik yang dijual di sini..... rambang mata dah....tak tau nak pilih yang mana...semua cantik...semua mahal...semua antik. Kami meneruska perjalanan menyusuri Malioboro. Tunjukkan pada Abah, lesehan, kopi joss, nasi kucing, oseng-oseng mercon, penghibur dan pemuzik jalanan....

Sesampai di hotel, Abah dah kepenatan. Malam ini Rahman ajak keluar lagi lepak di Reminten....dah naik seronok pula minum-minum di sini.

Selepas sarapan kami bersiap untuk pulang ke Malaysia. Penerbangan pulang pada jam 11.45am waktu tempatan. Selesai sudah lawatan ke Jogjakarta, Solo, Semarang, Kudus dan Demak. Selesai sudah misi menjejaki tinggalan Wali Songo. Insyaallah ada rezeki kami akan meneruskan penjejakan melalui Surabaya pula.

Selamat tinggal Jogja....





Laman Herba - Belimbing Buluh


Belimbing Buluh

Belimbing Asam
Averrhoa belimbi.




Merupakan antara tumbuhan herba yang banyak digunakan untuk perubatan tradisional. Berasal dari Malaysia dan Indonesia. Pokok belimbing ini sesuai ditanam sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Pokok ini juga senang membesar dan rendang serta banyak di dapati di kampung-kampung dan kawasan perumahan. Buahnya berbentuk kecil dan empat segi panjang. Selain untuk perubatan buah belimbing buluh banyak digunakan di dalam masakan orang Melayu, sama ada sebagai penyedap rasa dan juga penghilang hanyir.

Buah belimbing buluh juga boleh merawat penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkesan untuk melicinkan kulit serta mengatasi masalah jerawat, dan batuk.

1. Darah tinggi, kecing manis dan pitam - beberapa biji buah belimbing buluh dikisar dan airnya diminum pada waktu pagi dan petang.

2. Batuk - beberapa biji buah, daun dan bunga belimbing dalam jumlah yang sama banyak direbus sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.

3. Jerawat dan melicinkan kulit - beberapa biji buah belimbing diparut, campurkan sedikit air dan garam dan disapukan ke muka.

Namun demikian, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.

Selain buah daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas dan beguk juga untuk menguruskan badan.

1. Demam panas - beberapa helai daun belimbing buluh diramas dengan air. Letakkan ramasan daun tadi ke dalam kain dan digunakan untuk mendemah kepala sehingga panas itu berkurangan.

2. Beguk - beberapa helai daun belimbing buluh ditumbuk bersama bawang putih dan ditampalkan di tempat yang sakit.

3. Menguruskan badan - ambil 2 atau 3 helai daun belimbing direbus dan diminum setiap hari.

Sementara untuk masakan pula, buah belimbing buluh sering digunakan untuk masakan ikan sungai, masak lemak , sambal, masak tauchu dan pelbagai lagi. Ia juga digunakan untuk menggantikan asam jawa dan asam keping di dalam masakan.


Monday, June 21, 2010

Sejarah Kampung Selabak



Kampung Selabak....Kampung Ku, terletak 4 kilometer dari Bandar Teluk Intan iaitu di Jalan Changkat Jong. Di huni oleh seramai 6 ribu orang penduduk dan terdiri dari beberapa suku kaum seperti Jawa, Banjar, Siam, Cina dan India. Suka Jawa menguasai 70% jumlah penduduk di sini.

Menurut cerita penduduk tua di kampung ini, Kampung ini telah dibuka sekitar tahun 1912 dan kampung ini dikenali sebagai Tebuk Jagus. Ia dibuka oleh sekumpulan pekerja-pekerja Ladang Selaba iaitu ladang getah yang bersempadan dengan kampung ini. Pada tahun 1917 nama kampung ini telah ditukar kepada Kampung Selabak bersempena dengan nama Ladang Selaba tersebut yang juga merupakan tempat kebanyakkan penduduk kampung ini bekerja.

Pertanian merupakan hasil utama Kampung Selabak. Nenas dan Kampung Selabak merupakan gandingan yang tidak dapat dipisahkan. Nenas dari kampung ini terkenal dengan rasanya yang manis dan keharuman baunya. Hasil pertanian lain pula adalah seperti, rambutan, cempedak, nangka dan durian yang juga merupakan antara tanaman yang diusahakan di sini.


Dari awal penubuhannya sehingga kini Kampung Selabak mempunyai seramai 9 orang Ketua Kampung. Perlantikan pertama Ketua Kampung telah diadalah pada tahun 1920.

Berikut merupakan senarai Ketua Kampung Selabak dari tahun 1920 sehingga kini.

1. 1920 Allahyarham Tn Hj Hassan

2. 1925 Allahyarham Ariffin Hassan. Merupakan anak kepada Tn Hj Hassan.

3. 1933 Allahyarham Asbollah Ibrahim

4. 1938 Allahyarham Hj Mohd Rafie Sumo. Hj Mohd Rafie merupakan datuk kepada penulis.

5. 1958 Allahyarham Hj Ahmad Sidek Bin Hj. Asiff.

6. 1962 Allahyarham Hj Husin Hj Rafie. Beliau merupakan anak kepada Hj Mohd Rafie.

7. 1998 Hj Mohd Zin Yunus.

8. 2009 Hj Khiruddin Hj Abd Hamid.

9. 2010 Hj Mohd Zin Yunus.

Seperti juga kampung-kampung lain, Kampung Selabak terus maju dan makmur. Pertambahan penduduk membuatkan pelbagai keperluan asas dan kemudahan diwujudkan di sini. Oleh kerana 90% penduduk Kampung Selabak adalah beragama Islam, maka masjid perlu didirikan di sini.

Masjid pertama di kampung ini telah didirikan pada tahun 1926. Seterusnya masjid ini telah melalui beberapa siri baik pulih sebelum sebuah lagi masjid yang lebih besar didirikan sekitar tahun 1960an dan telah dirasmikan oleh DYMM Seri Sultan Perak.

Manakala sekolah pertama di kampung Selabak pula dibina pada tahun 1948 dan dikenali sebagai Sekolah Umum Selabak. Allahyarham Cikgu Ngah b Mohd Sarif merupakan Guru Besar pertama sekolah ini.


Lirik lagu Sekolah Umum Kampung Selabak.

Hidup Agama

Hidup Bangsaku

Hidup Pemuda

Di majlis Ilmu

Jaamatundiniah kekal dan maju

Mudah-mudahan Allah membantu.

Madrasah Atarbiatudiniah telah dibuka pada tahun 1955, merupakan Sekolah Agama pertama di Kampung Selabak.

Selaras dengan peredaran masa, Kampung Selabak turut merasai demam A-Go-Go dan Pop-Yeh-Yeh, pada tahun 1963 Kumpulan Kugiran, Pemuda Ria Kampung Selabak telah ditubuhkan. Dengan tertubuhnya Pemuda Ria Kampung Selabak, kugiran yang dianggotai oleh anak-anak muda kampung ini, menjadi tarikan dan sering menyerikan majlis-majlis keraian kampung-kampung berhampiran.

Pada awal tahun 1960an, Sekolah Kebangsaan Selabak telah didirikan untuk menggantikan sekolah lama yang telah uzur. Sekitar tahun 1960an ini jugalah didirikan Kelinik Desa dan Dewan Orang Ramai di Kampung Selabak. Penganjuran majlis juga mula mengambil tempat di Kampung ini apabila Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran pertama telah diadakan sekitar tahun 1960an juga.

Membawa kepada awal tahun 1970an, aktiviti sukan dan rekreasi mula mengambil tempat di kalangan muda-mudi kampung. Barisan pemudi kampung telah menubuhkan pasukan bola jaring dan pernah menjadi juara peringkat daerah. Antara perlawanan yang pernah diadakan di sini adalah perlawanan dengan pasukan bolajaring dari Ayer Hitam.

Pada tahun 1975, bermulalah era penanaman Kelapa Sawit bagi menggantikan tanaman Nenas di Kampung Selabak. Kebanyakkan penduduk kampung mulai menggantikan tanaman Nenas kepada tanaman Kelapa Sawit.


Menuju era 1980an sehingga kini, Kampung Selabak kian cemerlang. Kian ramai anak Kampung Selabak meraih kejayaan yang menjadi kebanggaan orang kampung. Ramai anak kampung yang namanya meniti bibir setiap warga Kampung Selabak bila berkumpul semasa 'medang'.

Bahan-bahan dan gambar untuk artikel Kg Selabak - Kampung Ku ini merupakan dari koleksi peribadi anak Kampung Selabak - Mohamed Ashari Sidik (Pemilik Riverstone Eco Resort). Beliau telah mula mengumpul maklumat dan gambar-gambar mengenai Kampung Selabak sejak dari tahun 1989. Beliau juga pernah membuat pameran solo, Pameran Fotografi Sejarah Kampung Selabak di Sekolah Kebangsaan Selabak pada tahun 1989.

Pada tahun 1995, sekali lagi beliau telah membuat pameran solo, Pameran Fotografi Sejarah Kampung Selabak di Sekolah Kebangsaan Selabak.

Peristiwa silam muda mudi,

Jadi kenangan hingga kini,

Potret dipamer mengimbau memori,

Kisah indah dalam diari.



Friday, June 18, 2010

Bicara Agama - Talak Kuasa Suami


Kemusykilan Agama
Bersama Mohd Farid Ravi Abdullan
-
-
Tidak mesti dijatuhkan mengikut aturan kiraan Islam memberikan kapada seorang muslim tiga talak untuk tiga kali, dengan satu syarat tiap kali talak dijatuhkan pada waktu suci dan tidak disetubuhinya
-
-

Thursday, June 17, 2010

Dari Dapur Riverstone Eco Resort



AYAM MASAK KETUMBAR



Masakan ini merupakan masakan istimewa di Riverstone Eco Resort. Hasil tangan Pn Hamidah sendiri yang merupakan resipi tradisi ibu beliau. Masakan ini sering dihidangkan dan menjadi permintaan daripada kebanyakan tetamu yang berkunjung ke sini. Masakan ini sesuai untuk dijadikan hidangan pelbagai majlis, tidak pedas dan enak...cubalah.

Resepi Ayam Masak Ketumbar


1 ekor ayam dipotong 18.
1/2 kg santan pekat
3 ulas bawang putih - ditumbuk/mesin halus
5 ulas bawang merah - ditumbuk/mesin halus
1 sudu kecil lada sulah - ditumbuk/mesin halus
5 sudu makan ketumbar - ditumbuk/mesin halus
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk/mesin halus
1 sudu kecil jintan putih - ditumbuk/mesin halus
4 batang serai - dititik
2 inci kunyit hidup - ditumbuk/mesin halus
3 sudu minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 keping asam gelugur

Ayam dibersihkan. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk/mesin tadi sehingga wangi, masukkan serai dan masukkan ayam. Dikacau rata kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur.
-
-

Wednesday, June 16, 2010

d'art of PELITA




Pelita / Lampu Minyak Tanah / Karosene Lamp


Kali ini kami akan mengetengahkan sebuah pelita milik Bos yang terbaru. Dibeli di Pasar Antik Triwindu, Solo pada 16 March 2010 semasa Bos dan keluarga ke Jogja, Solo, Semarang, Kudus dan Demak - Wali Songo Tour.

Pelita unik dan cantik ini telah mencuri pandangan Bos walaupun diletakkan jauh di sudut dinding kedai antik di tingkat bawah pasar barangan antik ini.


Pelita ini merupakan koleksi peribadi tuan kedai. Semasa ditanya harganya tuan kedai ni memberikan jawapan tidak untuk dijual. Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya tuan kedai kata, "kalau bapak mahu harganya rp750.000" Pucuk dicita ulam mendatang, Bos pun terus setuju...rasanya menyesal juga tuan kedai tu.


Tidak pasti pelita ini buatan mana. Tuan kedai juga tidak pasti dari mana asal usul pelita ini. Yang pasti pelita ini telah menjadi barang simpanannya sejak 10 tahun yang lalu...walaupun ramai yang menawarkan untuk membeli tetapi beliau tidak mahu menjualkannya...hari ini Bos dah dapat membeli pelita ini darinya....



Kem Pop - Bintang Kecil



Pada 15 - 16 June 2010, seramai 40 orang pembaca dan peminat majalah Bintang Kecil terbitan Karangkraf telah menghadiri Kem Pop yang dianjurkan oleh media. Selain aktiviti rekreasi seperti Jungle Trekking, Obstacle dan Flying Fox, peserta juga berpeluang untuk bertemu dengan Riz (AF) dan Shiela iaitu dua orang artis remaja yang sedang meningkat naik.

Selain itu peserta juga berpeluang untuk merasai kehangatan 'kem fire' sebelum semuanya bersurai dan tidur di dalam khemah masing-masing.

Riverstone Eco Resort selaku penaja untuk penginapan semua peserta amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan semua krew Bintang Kecil yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. Ucapan tahniah dan terima kasih kami kepada Nana selaku Editor dan semua anak buah, Moon, Mok, Elin, Jay, CK dan semua yang terlibat.


Sunday, June 13, 2010

Unik - Pisang Tiga Jantung di Kampung Selabak

-
-
Memang pisang tidak akan berbuah dua kali, tetapi di Parit Suhud, Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak....sebatang pokok pisang telah mengeluarkan tiga jantung dan menghasilkan 3 tandan pisang. Pemilik pokok pisang ini adalah En Asararuddin b Hj Rafie, yang juga merupakan bapa kepada GM kami.

Wah, kalau macam ni la hasil yang dikeluarkan oleh semua pisang yang ditanam, boleh jadi taukeh pisang pak cik ni...

Asararuddin Hj Rafie, bersama pisang 3 jantung hasil tanamannya.



Inilah pisang dari spesis pisang embun yang menghasilkan tiga jantung dan mengeluarkan 3 tandan pisang sekali gus. Setiap tandan pisang ini terdapat 10 sisir pisang yang pada masa ini berukuran 4 inci panjang.



Tuesday, June 8, 2010

Gerakan Ehsan Selangor



Tan Sri Datin Paduka Zaleha Ismail yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Ehsan Selangor, telah merasmikan program anjuran Gerakan itu bertajuk Program Keluarga Bahagia di Riverstone Eco Resort semalam. Program motivasi 3Hari 2Malam ini telah bermula dari 5 - 6 Jun 2010, disertai oleh 40 orang remaja dari Taman Pelangi Rawang.


Dalam ucapannya Tan Sri Datin Paduka Zaleha Ismail menekankan pentingnya kita saling hormat menghormati, berterus terang, bersikap terbuka dan memelihara kesejahteraan di kalangan keluarga yeng secara tidak langsung akan menjaga institusi kekeluargaan itu. Beliau juga menegaskan remaja masa kita perlu lebih berhati-hati untuk memilih rakan dan menjaga pergaulan demi memelihara nama baik keluarga.

Tan Sri Datin Paduka Zaleha Ismail memberikan nasihat berguna kepada peserta kursus.
Peserta Kursus dan Fasilitator bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.




Persatuan Dyslexia Malaysia

Persatuan Dyslexia Malaysia telah menganjur perkhemahan yang disertai oleh 3 buah cawangannya pada 4 - 5 June 2010 di sini. Perkhemahan yang disertai oleh 80 orang pelajar dan 14 orang guru ini disertai oleh Presiden Persatuan, Pn Sariah Amirin. Aktiviti Flying Fox, Obstacle, Sukaneka dan Explore RER Race merupakan aktiviti yang telah dipilih untuk disertai oleh setiap pelajar yang mengikuti perkhemahan ini.


Penghargaan kami kepada Pn Sariah Amirin dan Koordinator pada hari tersebut Pn Adah.


Masing-masing kecut perut menunggu giliran untuk bermain flying fox...tak cuba tak tau lagi...dah cuba mesti nak lagi..


Rempuh Halangan dan Sukaneka....

Flying Fox......seronoknya. Mula-mula tak nak naik.....ada juga yang menangis walau pun setelah sampai ke seberang...tak kurang yang bertanya fasilitator, "boleh tak saya nak naik sekali lagi?"...........


PERSATUAN DYSLEXSIA MALAYSIA

Friday, June 4, 2010

Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Agong

Daulat Tuanku

Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Agong Malaysia Ke 13

05.06.2010


Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong


-

Thursday, June 3, 2010

Riverstone Eco Resort - Flora



Riverstone Eco Resort - bersesuaian dengan namanya, kami di kelilingi oleh hutan dan kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Untuk lebih mengetahui apa yang ada di sekeliling kami, expedisi penyelidikan bersama Pegawai dari Jabatan Hutan telah dilakukan untuk meneroka, mencari dan menamakan hampir keseluruhan flora yang dijumpai di sekitar kawasan kami.
Hasilnya adalah seperti di bawah. Ini merupakan sebahagian daripada pokok-pokok popular dan ternama yang telah kami senaraikan.

1. Keledang Temponek. Artocarpus rigidus.
2. Buluh Semantan. Giganthochluoa schortihinii
3. Mendong. Elaeocarpus spp.
4. Berangan. Castanopisi spp.
5. Geronggang. Cratoxylum spp.
6. Pulai. Alstonia angustiloba.
7. Tulang Daing. Carelleya atropurpurea.
8. Ludai. Sapium spp.
9. Petaling. Ochanostachys amentacea
10. Tukas (palma).
11. Beko. Panjanelia longifolia
12. Telor Buaya. Homalium dasyanthum
13. Rambutan Pacat. Xerospermum spp.
14. Kelat. Syzygium spp.
15. Sawah Luka. Helicia spp.
16. Ara. Ficus spp.
17. Jelawai Jaha. Terminalia subspathulata.
18. Sial Menahun. Pternandra spp.
19. Nyatoh
20. Keledang-Keledang. Artocarpus lanceifolius.
21. Gapis. Saraca spp.
22. Mentiong. Gardenia spp.
23. Membuluh. Pellalyx saccardianus
24. Kandis. Garcinia eugianiana.
25. Bayur Bukit. Schoutenia accrescens.
26. Medang Kemangi. Cinnamomum porrectum.
27. Susun Pelepah.
28. Merbau. Intsia palembaica
29. Penarahan. Knema laurina.
30. Leban. Vitex spp.
31. Menyerih. Atocarpus rigidus.
32. Terap Nasi. Artocarpus elasticus.
33. Kembang Semangkuk Jantung. scapium macropodum.
34. Nyatoh Nangka Kuning. Pouteria malaccensis.
35. Penarahan Arang. Myristica spp.
35. Balau Kumus. Shorea leavis.
36. Perah. Elateriospermum tapos
37. Senduduk. Endospermum diadenum.
38. Bayur Bukit. Schoutennia accrescens.
39. Meranti Paang. Shorea bracteolata.
40. Kabung (plama)
41. Pinang Legong (plama)
42. Kasai Daun Kecil. Pometia pinata.
43. Balau Membatu. Shorea guiso.
44. Hampas Tebu. Gonerrea spp.
45. Mahang. Macaranga spp.
46. Keledang Tampang. Artocarpus rigidus.
47. Kubin. Macaranga gigantea
48. Petai. Parkia speciosa hassk.
49. Jering. Pithecellobium jiringa prain.
50. Asam Paya. Salacca conferta griff.
51. Kerdas. Pithecellobium bubalinum benth.
-
-