Saturday, May 1, 2010

Beriadah sambil nikmati alam semula jadi di RIVERSTONE

Gambar: Riverstone Eco Resort


Keratan Akhbar Berita Harian 1Klassifieds Sabtu 1 Mei 2009
-------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------
MAJU RIVERSTONE ... HIDUP RIVERSTONE.....

Hujung minggu pastinya menjadi saat yang paling dinantikan oleh setiap ahli keluarga kerana inilah waktunya untuk kita berkumpul dan bersantai bersama bagi mangeratkan hubungan kekeluargaan.

Pelbagai aktiviti disusun bagi memastikan hujung minggu berlalu dengan indah dan meninggalkan kenangan manis buat seisi keluarga. Ada yang memilih untuk melepak di rumah dan ada yang keluar berkelah atau bercuti di tempat peranginan berhampiran.

Bagi warga kota yang ingin bersantai tetapi tidak mahu keluar jauh dari Kuala Lumpur atau Selangor, anda boleh menghabiskan hujung minggu di Riverstone Eco Resort yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam berhampiran Batu Caves.

Di Riverstone, anda sekeluarga boleh menghabiskan masa dengan mengadakan aktiviti rekreasi dan riadah serta menikmati hidangan enak di Restoran D'River yang menyediakan pelbagai resepi masakan ibu sehingga membuatkan anda terasa bagaikan pulang ke kampung.

Apa salahnya jika anda beramai-ramai mencuba palbagai aktiviti lasak seperti Merentas Hutan, Merentas Sungai, Flying Fox, Abseiling dan Repailing, Berakit, Rempuh Halangan, Kembara Riverstone Race, Paintball, Perang Berapi dan Jalan Malam.

Bagi yang mahukan aktiviti ringan anda boleh mencuba kehebatan bermain Bola Baling, Menyumpit, Menembak Sasaran dan Memanah atau mengadakan Sukaneka.

Merentas hutan adalah antara aktiviti yang menarik untuk dicuba dan menjadi pilihan mereka yang sukakan aktiviti lasak. Aktiviti ini biasanya akan disertai oleh jurulatih bertauliah dan jurupandu jalan bergantung kepada jumlah peserta yang menyertainya.

Pelanggan boleh memilih untuk melakukan beberapa jenis aktiviti merentas hutan yang disediakan sama ada di sekitar kawasan resort atau pun meneroka lebih jauh ke dalam hutan. Merentas hutan ke Sungai Tua adalah antara lokasi yang sering menjadi pilihan. Mengambil masa sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan balik, peserta boleh bermandi-manda di Sungai Tua yang indah, sejuk dan tidak tercemar.

Ketika merentas hutan, anda boleh melihat pelbagai flora dan fauna yang menarik, suasana kehijauan alam semulajadi yang indah, singgah sebentar di perkampungan orang Asli Empangan Batu seterusnya mendaki puncak bukit untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur dengan jelas.

Kadar harga yang dikenakan untuk setiap aktiviti adalah berpatutan dan yang penting anda merasai suasana berbeza apabila melakukan riadah di dalam hutan. Bagi yang berasal dari kampung dan sudah lama meninggalkan desa demi mengejar tuntutan kehidupan dan kerjaya, berada di Riverstone Eco Resort pasti mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak anda.

Sebaik menjejakkan kaki di perkarangan Riverstone Eco Resort, lobi yang luas dengan hiasan landskap ala kampung menyambut mesra ketibaan anda. Deruan air sungai berhampiran dan kicauan burung serta unggas rimba memberi ketenagan semula jadi yang tidak anda temui di bandar.

Kocakan ikan koi berwarna kuning keemasan di kolam bersebelahan Restoran D'River membuatkan anda singgah sebentar untuk melihat kelincahan ikan berenang sebelum menuju ke restoran untuk menikmati pelbagai hidangan enak.

Jika kebetulan anda berkunjung kesini pada musim buah-buahan, anda bernasib baik kerana dapat menikmati durian, manggis, jering, pulasan, cempedak dan mangga.

Menjelang senja, bunyi-bunyian unggas rimba dan burung menjadi lebih meriah. Bagi mereka yang berhasrat untuk bermalam, disini terdapat resort kayu dan chalet buluh.

Memulakan operasi sejak 2002, Riverstone Eco Resort menawarkan pelbagai pakej untuk Rekreasi, Team Building, dan Motivasi selain sesuai untuk menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam, Ulang Tahun Perkahwinan, Reunion dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut ,anda boleh melayari riverstoneecoresort.blogspot.com atau menghubungi 03-92004181/03-92872872/013-2080833.

Jadi apa tunggu lagi? Rasailah pengalaman menarik menerokai keindahan alam ini.


Rimba Paint Ball
http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2010/01/paintball-safeguard-securicor-academy.html




No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"