Thursday, April 1, 2010

Merentas Hutan

Aktiviti Merentas Hutan - Sungai Tua

Jungle Trekking . Jungle Treking. Corporate Team Building

Aktiviti Merentas Hutan merupakan antara aktiviti rekreasi yang ditawarkan di sini. Aktiviti ini biasanya akan disertai oleh jurulatih bertauliah dan jurupandu jalan bergantung kepada jumlah peserta yang menyertai program tersebut. Bagi yang sukakan aktiviti lasak merentas hutan merupakan aktiviti pilihan.

Pelanggan boleh memilih untuk melakukan beberapa jenis aktiviti Merentas Hutan yang disediakan sama ada di sekitar kawasan resort atau pun meneroka lebih jauh ke dalam hutan. Merentas Hutan ke Sg Tua merupakan antara lokasi yang sering menjadi pilihan. Mengambil masa sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan balik, peserta boleh bermandi-manda di Sg Tua yang indah, sejuk dan tidak tercemar...kena bawa bekalan makan tengahari sekali.

Antara beberapa pilihan aktiviti Merentas Hutan yang ditawarkan :

1. Merentas Hutan Biasa RM5.00 seorang

Sg Tua RM5.00 seorang

2. Merentas Hutan Kg Orang Asli - River Walking (5 jam) RM5.00 seorang + RM300.00

3. Merentas Hutan

Jungle Survival -masak dlm buluh (3 jam + peralatan) RM5.00 seorang + RM400.00

4. Merentas Hutan

Cara-cara Beribadah - solat, wudhu, tayammum RM5.00 seorang + RM200.00



Antara pemandangan yang dapat dilihat semasa aktiviti merentas hutan...kehijauan pepohon.

Sekumpulan pelajar sekolah sedang melakukan aktiviti merentas hutan.


Keindahan hutan yang belum tercemar yang sentiasa menanti kedatangan anda di sini....jangan tinggalkan sebarang sampah di sini...hutan ini bukan hak kita tapi warisan kepada generasi akan datang...



Dah kepenatan....baru 1 jam, belum sampai Perkampungan Orang Asli Ulu Batu lagi...ada 1 jam perjalanan lagi tu...

Menujuk ke Puncak.....bukan menuju ke puncak AF, tapi ke puncak bukit di belakang Riverstone Eco Resort. Perjalanan ke sini mengambil masa 30 minit dan pendakian ke puncak kira-kira 5 minit. Hanya 4 - 10 peserta dibenarkan berada di puncak ini pada satu-satu masa, tempat ni curam dan kecil saja...di sini anda akan melihat Kuala Lumpur dengan jelas.


Bersama berjalan berkumpulan....jangan tinggalkan kawan dik...


Keindahan dari puncak bukit Riverstone Eco Resort...Empangan Batu dan Kuala Lumpur.



Sg Tua yang indah dan nyaman....tanpa pencemaran. Anda sekali lagi diingatkan untuk tidak meninggalkan sampah sarap di sini.


Sungai Tua....air mu dingin membelai bebatu yang setia menanti aliranmu..hutan mu indah tidak tercemar...tiada lagi tangan-tangan kasar mengotori kawasan mu....kau masih terpelihara.


Jadi apalagi yang anda tunggu? Rasailah semuanya semasa anda melakukan aktiviti ini...anda pasti tidak akan kecewa. Terokai keindahan alam ini, rasai dan nikmati keasliannya.....












No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"