Friday, March 5, 2010

YOGYAKARTA - KOTA ILMU, KESENIAN DAN BUDAYA





Yogyakarta...kota mu ku jejaki lagi....



Hamidah Asararuddin
General Manager - Riverstone Eco Resort.
Candi Prambanan
Candi Borobudur

Antara tempat bersejarah dan tarikan utama penggunjung ke Kota Jogja. Candi ini tersenarai sebagai salah satu dari 7 keajaiban binaan di dunia.

Istana Yogyakarta
Latihan untuk persembahan sempena Maulidur Rasul.




Restoran Pecel Solo


Di sini anda boleh mencuba Pecel N'deso - Pecel dengan Sego Abang (Nasi Beras Merah). Terdapat dua jenis kuah pecel di sini iaitu Kuah Kacang dan Kuah Wijen (Bijan). Selain pecel anda jua boleh merasai tumisan pucuk betik yang sudah hilang rasa pahitnya dan juga sup buntut.




Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke kota ini pada Ogos 2008 bersama keluarga dan rakan baik Abdul Rahman Sadri, aku sudah jatuh cinta dengan keindahan semulajadi, kesenian, senibina dan peradaban yang ada di sini. Aku ke kota ini dengan rakan-rakan pada Jun 2009 tanpa ditemani ahli keluarga....Hari ini 5 Feb 2010 ku jejaki lagi kota ini bersama anak dara nan sorang Natasha Atiqah. Selain Natasha, kali ini kota Jogja ku lawati bersama rakan baik Minarni Mat Saad - Editor Berita Harian serta keluarga dan adik lain mak lain ayah...Budiman Zaudi - Ahli Perniagaan/Pakar Motivasi serta keluarga.

Setibanya di Lapangan Terbang Adi Sucipto, kami disambut oleh Muhammad Hadi - Tour Manager - Trend Tour and Travels, yang akan menjadi ejen pelancungan kami di Jogja.

Oleh kerana ada kekeliruan, MPV yang disediakannya tidak dapat menampung semua ahli rombongan dan beg yang di bawa. Aku, Hadi dan Tasha naik kereta sewa ke destinasi pertama dalam agenda lawatan. Istana Yogyakarta. Semasa ahli rombongan melawat Istana, kami bertiga dan pemandu pelancung kami Drs Sarmito Sugondo (Pak Totok) menjamu selera di luar bangunan istana. Selesai makan kami menyusul yang lain di Istana. Kebetulan hari ini ada sesi membaca cerita hikayat kuno dalam bahasa jawa halus oleh pekerja wanita istana....wah terpegun aku dengan keindahan bahasa dan lenggok suara makcik ni....

Sesuatu yang unik mengenai Istana ini ialah pekerja istana tidak dibayar gaji, mereka hanya diberikan persalinan. Menjadi sukarelawan di istana merupakan suatu pekerjaan mulia dan menjadi kebanggaan, walaupun kerja ini tanpa gaji, tetapi tidak mudah untuk dapat berkhidmat di sini. Sukarelawan ini hanya bekerja dari awal pagi sehingga jam 3 petang.

Selesai lawatan ke Istana, destinasi seterusnya, makan tengahari di restoran salah seorang rakan baik ku di Jogja Ibu Imung. Restoran Ngabean Ndalem. Restoran ini sebenarnya merupakan sebahagian dari Istana Jogja yang telah diswastakan untuk tujuan perniagaan. Senibinanya amat cantik....terdapat sebuah bilik 'sajen' atau persembahan untuk dewi semangat padi. Dewan solat dengan ukiran yang amat indah. Juga terdapat beberapa buah bilik untuk disewa disamping kolam renang kecil untuk bersantai.

Usai makan dan melihat sekitaran Ngabean Ndalem kami melawati beberapa buah butik yang terdapat di sekitar Jogja yang menawarkan harga murah dan barangan yang berkualiti. Aku setiap kali ke sini pasti singgah ke Tirto Noto. Sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian dari batik khusus keluaran Jogja. Ada yang membuatkan aku suka ke sini, bukan batik tetapi....sabun sireh dengan bau serai wangi.....kat sini je ada sabun ni. Tiap kali datang mesti borong punya. Semua ahli keluarga pun suka pakai sabun ni...sabun tradisional.

Kami sampai di hotel agak lewat petang. Malam ini kami akan makan malam di Gama Chandi..sebuah restoran makanan laut dan ikan bakar. Aku sebenarnya dah pilih semua tempat-tempat makan yang best kat sini untuk lawatan kali ini. Selain Gama Chandi, kami akan makan di Sekar Kedaton yang popular dengan dessert Pis Kopyor, Pecel Solo, Raminten, Sederhana Padang, dan Restoran Prambanan.
P
Lepas makan malam kami sambung merayau ke Jalan Malioboro yang juga menjadi simbul tarikan Kota Jogja . Sepanjang Jalan Malioboro apabila malam akan dipenuhi oleh peniaga kecil yang menjual pelbagai barangan, kalau kat sini kita kata Pasar Malam la. Tapi pasar malam ini tiap-tiap malam bukan hanya pada malam tertentu sahaja. Dah penat jalan-jalan kami sambung dengan pergi lesehan. Lesehan merupakan satu aktiviti popular di kalangan masyarakat di sini. Umum mengetahui bahawa Jogja merupakan kota kesenian dan ilmu. Kota ini dipenuhi dengan pelbagai pusat pengajian tinggi. Antara yang paling popular adalah Universitas Gadjah Mada, Universitas Islam Indonesia dan banyak lagi.

Lesehan di sini popular dengan makanan seperti Nasi Kucing, Kopi Joss, Oseng-oseng Mercon, Wedeng Jahe, Susu Jahe dan Es Jeruk. Lesehan merupakan makan di tepi kaki lima jalan...biasanya di atas tikar je..ada pemuzik jalanan yang akan mendendangkan lagu permintaan dengan bayaran Rp1000 bagi setiap lagu....ini yang aku selalu syok datang kat sini ni...perkara yang kita anggap remeh pun menjadi bisness top kat sini. Nak tau tak apa nasi kucing, kopi joss dan oseng-oseng mercon?

Hari ke dua selepas sarapan kami jemput Mak Tok di lapangan terbang. Mak Tok (Mak Minarni) tiba lewat sehari dari kami. Semua dah naik bas, Budiman pula tak muncul-muncul. Bila aku cal dia kata tengah pusing-pusing kat Lapangan Terbang....gemar betul dia ni rekee tempat, tiap kali kami sampai ke suatu tempat dia akan pusing keliling.

Dari Lapangan Terbang, kami terus menuju ke Solo. Sepanjang perjalanan dari Jogja ke Solo kami melewati Klaten yang popular dengan Beras paling sedap di Jogja yang dinamakan Rojo Lele. Kata orang sini kalau makan beras ni tak de lauk pun tak pe....nasi pun dah sedap apa lagi kalau di 'liwet' maksudnya ditanak dengan kayu api.

Di daerah Klaten juga terdapat sebuah kilang gula yang telah wujud sejak tahun 1960an lagi. Oleh kerana kaedah penanaman tebu di sini adalah secara bermusim selama 6 bulan maka kilang ini hanya akan beroperasi selama 6 bulan dalam setahun dan ditutup pada 6 bulan seterusnya. Terdapat juga muzium gula di kawasan kilang ini.

Kami juga melalui Daerah Kalasan yang popular dengan 'Ayam Goreng Kalasan". Tempat ni namanya Bokem, melalui daerah ni Danish la yang paling ngeri sekali. Sepanjang jalan terdapat papan tanda "Juru Supit" yang bermaksud Tukang Sunat atau Tok Mudim.
Tiba di Solo kami terus ke Pasar Antik Triwindu....darling yang ditinggalkan kat KL pasti gembira dengan penemuan dan pembelain sebuah pelita antik dan lampu kereta kuda (dokar) tahun 1950an. Kopak juga 1.5 juta rupiah kat sini. Dari sini kami ke Istana Mangkunegaran. Kat sini pun aku mesti singgah, tak masuk dalam pun tak apa.....ada ibu-ibu yang akan tolong belikan. Apa lagi jamu la. Jamu kat dalam Istana ni special, yang buat pun nini-nini (nenek tua yang dahulunya dayang istana) dengan ramuan tradisional khusus untuk puteri-puteri istana. Bukan nak jadi macam puteri, tetapi ramuannya sesuai dengan Aku.
K
Kami makan tengahari di Sederhana Padang, ada gulai otak dan kulit lembu. Sejak dari hari pertama lagi Budiman dah sibuk tanya jus Avocado yang disebut Avocat di sini. Apa lagi selepas makan kami pun pesan jus avocado....memang sedap dan fresh. Aku dah inform semua ahli rombongan lebih selesa membeli belah di PGS - Pusat Grosir Solo, kalau ke Pasar Klewer agak sesak dan panas. Selesai di PGS kami menghala ke Jogja semula.

Dari Solo ke Jogja kami singgah di Candi Prambanan untuk menikmati makan malam di restoran Prambanan yang indah dan nyaman berlatar belakangkan Candi Prambanan. Candi Hindu terbesar di Indonesia ini juga merupakan antara pusat tumpuan pelancung apabila melawat kota Jogja. Namun bagi masyarakat tempatan candi ini dikaitan dengan mitos Nyi Roro Jongrang dan Bandung Bondowoso. Selesai makan kami ke Theater Prambanan untuk menyaksikan Ramayana Ballet - atau wayang wong yang bermaksud wayang orang. Terpukau semua melihat penari wanita yang cantik, putih, gebu dan hanya berkemban. Tak kurang juga penari lelakinya yang hansem-hensem belaka.

Oleh kerana ballet selesai agak lambat kami sampai di hotel pun dah lewat malam. Danish yang sibuk nak pergi Lesehan lagi sekali pun dah tidur. Natasha Atiqah dari awal lagi dah keluar dari theater bersama Hadi untuk jalan-jalan melihat suasana malam minggu di Jogja. Kami semua memilih untuk tidur sajalah malam ni. Esok sambung lagi perjalanan.
Pagi ini kami melawat Candi Borobudur. Senibina Borobudur memang menakjubkan. Katanya kalau anda menaiki aras ke tujuh candi ini dan memasukkan tangan anda di dalam Stupa Agung yang terdapat patung Buddha di dalamnya, sekiranya anda dapat mencapai Buddha ini anda akan dapat mencapai segala impian anda. Aku dah ke sini banyak kali tapi tak pernah buat pun. Budiman sejak tengok show semalam, kemana saja kami pergi dia asyik tanya...kak yang berkemban tak ada ke? Adoi...penat aku macam ni....
K
Kami meneruskan perjalanan ke Ullen Sentalu, muzium kesenian jawa milik peribadi seorang doktor warga indonesia yang bermastautin di Amerika Syarikat. Memang berbaloi melawati muzium ini, terdapat pelbagai warisan sejarah yang terdapat di Istana Jogja dan Istana Solo juga terdapat di sini. Kisah-kisah istana, adat istiadat, kesenian dan sejarah putra putri istana juga ada di sini.
Perjalanan ke Ullen Sentalu ni sebenarnya agak jauh juga melalui jalan-jalan kampung dan yang paling menarik menaiki bukit dengan jalan sempit...semua ahli rombongan mengaitkan perjalanan ni sama seperti melalui jalan-jalan berliku ke Riverstone Eco Resort. Masing-masing kata patut tidur satu malam di kawasan peranginan berbukit ni...baru best macam bermalam kat Riverstone....lain kali datang kena tidur sini satu malam....bila agaknya korang nak datang sini lagi ni??????Semasa kami di Ullen Sentalu ni la juga Danish menyanyikan lagu...aku dah lapar...aku dah lapar...berulang-ulang kali. Kebetulan hari ini kami leka di setiap tempat yang dilawati...jadi dah agak lewat belum makan tengahari lagi.

Naik je bas Budiman dah sebut...kak dah lapar, bila nak makan?....Dalam perjalanan turun aku singgah di Kedai Mbah Jarik, untuk membeli wajik dan 'jadah' - jadah merupakan makanan tradisi masyarakat jawa baik di Malaysia atau di Indonesia. Bezanya di Malaysia dimakan kosong atau dengan serunding, kuah kari, atau kuah semur. Tetapi di Indonesia ia dimakan dengan wajik atau bacem tempe dan tauhu. Bacem merupakan cara penyimpanan supaya tahan lama dengan merebus tauhu atau tempe tersebut dengan gula jawa. Gula jawa seperti gula melaka berbentuk bulat dan berwarna perang tetapi diperbuat daripada gula tebu. Selain jadah dah wajik kat sini aku suka beli 'wedang secang' dan 'kunyit asem'....minuman herba dalam bentuk serbuk dua dalam satu yang enak. Secang merupakan sejenis kayu yang apabila direbus menjadikan airnya berwarna merah, dan dicampur pula dengan gula dan halia...mesti cuba....rasanya sedap baik untuk buang angin dalam badan.

Aku ni kaki jamu dan herba. Jadi semua jenis jamu dan herba aku suka cuba...kat sini yang tradisional ni banyak. Kalau yang dah dikomersialkan kita semua dah biasa tengok, yang tak dikomersialkan, hanya menjadi produk tempatan juga banyak. Tapi anda juga harus berhati-hati, tidak semuanya asli....Yang paling enak diminum waktu pagi di sini adalah beras kencur dan kunyit asem....segar sepanjang hari.
M
Menyentuh mengenai makanan tradisi tempatan ni, Zamri bagi tau aku dia sering juga ke Indonesia ni tapi sekali pun tak pernah mencuba makan bacem tempe dan tauhu. Inilah kali pertama dia makan makanan tradisi macam ni....pendek kata tak sia-sia pergi berjalan dengan Kak Midah ni.....Masing-masing makan jadah dan wajik untuk mengalas perut sebelum sampai ke Sekar Kedaton untuk makan tengahari yang dijamah pada jam 3.00 petang. Lepas makan kami ke kedai Kesenian Perak Pak Ansor yang juga merupakan pemilik Sekar Kedaton....memborong juga la semua orang kat sini.
S
Selepas makan malam kami menyambung perjalanan ke Jalan Malioboro....ada lagi barang yang belum cukup untuk diagihkan sebagai tanda mata kenangan dari Jogja. Selesai membeli apa yang patut, kami nak lesehan tapi macam tak menarik je ....akhirnya kami lesehan di McDonald je.....

Selesai sarapan pagi semua ahli rombongan akan meninggalkan kota Jogja. Yang tinggal hanya Aku, Tasha dan Mak Tok. Aku sebenarnya ke kota ini dengan pelbagai tujuan. Tetapi bila ada yang nak mengikut bertambah meriah la perjalanan ini. Terima kasih Mini, Budi kerana anda semua telah menjadikan perjalanan akak lebih meriah dah gembira. Tak kering gusi kita bergelak ketawa sepanjang perjalanan. Percayalah, trip dengan anda semua merupakan yang terbaik pernah akak alami setakat ini. Terima kasih atas pujian yang diberikan, terima kasih kerana semua berpuas hati...kepada Zamri lain kali kita pergi 5Hari 4Malam, baru puas. Kepada Norma dan Yasmin, terima kasih kerana mempercayai Akak dan Tasha.

Selepas menghantar mereka balik, kami menyambung perjalanan ke Muzium Gunung Berapi. Malangnya muzium tutup hari Isnin. Lawatan kali ini aku tidak mengunjungi Merapi dan Mbah Marijan. Masa tak mengizinkan.

Kami akhirnya ke Kompleks Mirota Batik, untuk ke studio yang menyediakan perkhidmatan menyewakan pakaian pengantin tradisional Jawa. Anak dara aku ni pantang sebut hal cantik dan bergaya....bila-bila masa pun dia nak punya. Nak ambil gambar pengantin kenalah ada pasangan. Terpaksalah aku suruh Hadi jadi model pengantin lelaki. Di Kompleks ini selain studio, terdapat restoran dan supermarket dengan pelbagai jenis barangan cenderahati dan juga barangan keperluan harian.

Mak Tok banyak nak shopping lagi.....kena la bawa ke Tirto Noto, lepas tu aku bawa Mak Tok ke Umah Mode....wah berbelanja sakan Mak Tok..Beli untuk anak cucu yang ditinggalkan...Mak Tok ni sporting...tak kisah sangat apa pun boleh ikut...senang bawa orang tua macam ni jalan-jalan. Lewat petang baru kami balik ke hotel. Lepas maghrib Mak Tok dah ketuk pintu...siap dah...




Restoran di Kompleks Mirota Batik.


Ullen Sentalu


Kami makan malam di Raminten. Raminten merupakan sebuah restoran berkonsepkan lesehan moden yang lebih selesa dan mewah dan menawarkan pelbagai hidangan moden dan tradisional. Tidak seperti lesehan di tepi jalan yang agak terhad jenis hidangannya. Di sini anda boleh mencuba tempe goreng, dan yang paling menarik Rondo Royal.....nak cuba datang ke Riverstone Eco Resort.
Selepas makan malam, kami terus balik ke Hotel. Banyak yang belum dikemaskan. Dua barang antik ni kena fikir macam mana nak bawa. Masuk luggage beg lah jawabnya.


Kota Jogja ku tinggalkan pada tanggal 9 Feb 2010, berat rasa hati nak melangkah dari sini. Tapi tugasan dah menunggu di Malaysia. Kota ini akan ku jejaki lagi pada 16hb March ini. Kali ini Aku akan ke sini dengan Suami dan Anak-anak serta Abah (Asararuddin Hj Rafie) dan rakan baik Abdul Rahman Sadri dan keluarga. Kali ini aku akan menyambung perjalanan ke Semarang, Kudus dan Demak untuk menjejaki dan melawati sejarah Wali Songo.


Berminat untuk menyertai perjalanan-perjalanan seterusnya? Hubungi : 013-2080833 /03-92004181




Y

2 comments:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour + Goa Pindul, Indrayanti (FULL BOARD / ALL IN)

    1st day (pusat kerajinan gerabah Kasongan, Parangtritis beach, Pusat kerajinan kulit Manding)

    11.15-11.45 airport
    11.45-12.15 goto localresto
    12.15-13.00 lunch
    13.00-13.30 go to hotel c/in
    13.30-14.30 istirahat sejenak di hotel
    14.30-15.15 go to pusat kerajinan gerabah kasongan
    15.15-16.00 kasongan
    16.00-16.30 goto parangtritis
    16.30-17.30 parangtritis
    17.30-18.15 go to pusat kerajinan kulit manding
    18.15-19.00 manding
    19.00-19.30 go to local resto
    19.30-20.00 dinner
    20.00-20.30 drop hotel

    2nd day (Borobudur, Lava tour merapi using jeep, chocolate Tugu / monggo, Masjid mataram kotagede (bole diganti dengan pusat kerajinan batik), Pusat kerajinan perak kotagede)

    08.00-09.30 go to borobudur
    09.30-10.30 borobudur
    10.30-11.30 goto local resto
    11.30-12.00 lunch
    12.00-13.00 go to lava tour merapi
    13.00-14.30 lava tour merapi
    14.30-15.30 menuju chocolate monggo
    15.30-16.00 chocolate monggo
    16.00-16.15 go to masjid mataram kotagede
    16.15-17.00 masjid mataram kotagede
    17.00-17.15 menuju pusat kerajinan perak kotagede
    17.15-18.00 pusat kerajinan perak kotagede
    18.00-18.30 menuju local resto
    18.30-19.00 dinner
    19.00-20.00 drop hotel

    3rd day (Kraton, Tamansari, Goa pindul, Indrayanti beach, Bukit bintang)

    08.30-09.00 go to kraton
    09.00-10.00 kraton
    10.00-10.15 go to tamansari
    10.15-11.30 tamansari
    11.30-12.00 go to local resto
    12.00-12.30 lunch
    12.30-14.00 goto goa pindul
    14.00-15.00 cave tubing goa pindul
    15.00-16.00 goto indrayanti beach
    16.00-17.00 indrayanti beach
    17.00-18.00 goto bukit bintang
    18.00-19.00 bukit bintang
    19.00-19.30 dinner @bukit bintang
    19.30-20.30 drop hotel

    4th day (drop airport, bole mampir tempat oleh2)
    tba c/out hotel
    tba drop airport

    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas tawaran. Kami akan hubungi anda sekiranya ada permintaan.

      Delete

"Sila tinggalkan komentar anda"