Thursday, February 25, 2010

Ucapan Takziah

A
A
U
Ucapan takziah kepada keluarga
Wan Haslina Wan Hussin,
di atas pemergian suami tercinta
Mohammad Nizam bin Hamdan
M
m
U
dari Uncle & Auntie sekeluarga


Al - Fatehah


Wednesday, February 24, 2010

2nd Generation Photographer

S

Sepanjang Jalan Kenangan KL- Teluk Intan

K

Lanjutan dari Outing Boss & Family pada 31 Januari lalu, selain dari lawatan ke cawangan terbaru Mee Rebus Mastan Ghani di Langkap, anak gadis kesayangan boss Natasha Atiqah Mohamed Ashari, yang baru dibelikan kamera Nikon D90 pada 18 Jan 2010 sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke 18, telah membuahkan hasil. Mengetahui saja anaknya berminat dengan kamera, boss pun terus beli kamera ni.

Maklumlah boss ni kan bekas photographer handal...pernah menang tak kurang dari 30 pertandingan fotografi tempatan, untung jadi anak fotographer...dan tak sia-sia boss ajar anak dia, lihatlah hasil kreativiti Natasha Atiqah yang boleh dikategorikan sebagai memuaskan ini...hayati keindahannya.


Subuh hening di Kampung Selabak - Teluk Intan, Perak.



Teratai .....


Dalam perjalanan dari Sabak Bernam ke Teluk Intan, di depan Kilang Kelapa Sawit Unitata.



Sekinchan.... Memori lama ....
D
Di sini dan di tempat inilah boss pernah menang pertandingan fotografi hasil dari rakaman aktiviti harian penanam padi di sini....mungkinkah sejarah akan berulang?
Pohon kekabu...kalau ada yang tak pernah tau, inilah pokok kekabu. Aku masih ingat lagi masa kecik dulu, mak selalu kata kat pokok kekabu ni kalau malam ada pontianak bertenggek dan gelak mengilai. Tambahan pula batangnya sering mengeluarkan getah yang melekit...sah la memang pokok ni berhantu!....





Senja di muara Sungai Perak.
S
Sori la boss.....aku kalau tengok gambar-gambar macam ni feeling sikit la....senja di Teluk Intan, banjir di Teluk Intan....semuanya mengamit kenangan silam semasa di Sek Men Seri Perak dulu...zaman remaja, teman seperjuangan...semuanya masih segar dalam ingatan.




Petua Kecantikan

m
Madu penyeri wajah




Kecantikan semula jadi adalah anugerah illahi, tetapi mencantikkan diri adalah hak peribadi setiap insan. Wanita terutamanya memang amat mementingkan hal kecantikan. Kali ini kami mengetengahkan petua mudah yang boleh diamalkan oleh setiap wanita.

Sebelum tidur, masukkan satu sudu kecil madu ke dalam secawan air mineral. Kacau sebati, seterusnya basuh muka dengan air madu tersebut.

Wajah akan kelihatan berseri jika petua ini diamalkan setiap malam.

Selamat mencuba.




Tuesday, February 23, 2010

Kalamullah


Kasih sayang pengikat rumah tangga


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir. ( Ar-Rum: 21)



Huraian

Akhir-akhir ini kita sering digemparkan dengan kisah perceraian pasangan yang dikenali ramai sehingga menjadi bualan ramai dan tumpuan masyarakat. Sekali imbas kita tidak terlintas langsung pasangan tersebut akan memilih jalan untuk berpisah.

Ini kerana mereka sempurna dari segi keperluan asasi seperti mempunyi kerjaya, anak, rumah, kenderaan dan indah rupa paras. Namun apabila ia melibatkan persoalan hati dan perasaan maka segala kemewahan, kecantikan dan kedudukan sudah tidak bernilai lagi. Tiada apa yang dapat membantu apabila hilangnya tiang seri rumah tangga iaitu kasih sayang.

Kasih sayang diungkapkan dalam ayat ini adalah ikatan yang mengeratkan hubungan antara lelaki dengan wanita.

Allah SWT menjadikan wanita sebagai pelengkap kebahagian lelaki dengan pancaran kasih sayang. Namun kasih sayang tidak mungkin lahir tanpa kerjasama kedua-dua belah pihak.

Pada asasnya kasih sayang antara lelaki dengan wanita perlulah bertunjangkan agama iaitu sama-sama berharap menjadi insan bertakwa melalui ikatan perkahwinan.

Namun sekiranya kasih sayang beasaskan paparan zahiriah sahaja seperti kedudukan, kemewahan dan kecantikan maka pasti rumah tangga yang dibina lambat-laun akan dilanda badai.

Justeru, kasih sayang yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan lelaki dan wanita perlu dipupuk dan disemai kerana hati dijadikan oleh Allah SWT sentiasa berbolak-balik.

Hati dan perasaan yang sejahtera adalah kekuatan kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi kesukaran hidup lantaran ia adalah roh kebahagiaan rumahtangga.

Kesimpulan

Kasih sayang antara suami isteri adalah tunjang kebahagiaan rumah tangga. Hilangnya kasih sayang maka rosak binasalah rumah tangga walau memiliki kemewahan semesta alam, ketampanan seindah Nabi Yusuf, kecantikan sejelita bidadari dan kekuasaan sehebat Nabi Sulaiman.

Semua nikmat dunia tidak memberi makna apabila tandusnya kasih sayang, longgarnya kesetiaan, pincangnya kepercayaan dan hilangnya kecintaan antara suami isteri.


Disediakan oleh

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Monday, February 22, 2010

Corporate Warrior - Team Building



SEFEGUARDS SECURICOR ACEDAMY SDN BHD
Kami bertemu lagi pada 19 - 21 Februari lalu dengan grup ini untuk aktiviti team building selanjutnya. Sebagaimana biasa team building kali ini mengetengahkan pelbagai aktiviti berkumpulan untuk dilalui oleh peserta. Kali ini, tumpuan diberikan kepada aktiviti di bawah. Aktiviti ini akan memberikan peserta peluang untuk menerapkan unsur-unsur kepimpinan dan kerjasama di dalam kumpulan.


Wajah-wajah ceria peserta yang telah menamatkan latihan selama 3 Hari 2 Malam yang penuh kenangan. Seramai 37 orang perserta diiringi oleh 8 jurulatih dan 2 urusetia hadir pada latihan kali ini.
Untuk aktiviti ini, peserta diberikan 2 batang kayu bulat yang perlu disambungkan untuk dijadikan titi untuk menyeberang. Kena bawa baldi berisi air pulak.....tensionnya....




Barisan jurulatih pada sesi latihan kali ini. Seperti biasa pasukan ini diketuai oleh Mejar (B) Ilyas Mohd Amir, Kapt (B) Mat Isa, dan juga En Nasaruddin. Dibantu oleh Jurulatih kami Mohd Fidzhar. Satu lagi....perasan tak yang kat depan tu....Sebelah abang yang pakai baju merah.....jurulatih termuda kami, yang juga hero riverstone...tak lain dari anak bujang boss...Asyraf Faiq.



Atlit Rowing UTHM




Seramai 38 orang penuntut Universiti Tun Hussein Oon Malaysia, di bawah penyeliaan Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan, telah berkampung di tempat kami dari 13 - 19hb Februari 2010. Mereka yang merupakan Atlit Rowing UTHM menginap di sini untuk menjalani latihan intensif sukan rowing di Empangan Batu.








Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka dan
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !




Wednesday, February 17, 2010

Kelab RXS Negeri Sembilan




Kelab RXS Negeri Sembilan - Telah mengunjungi kami pada 14 - 15hb Feb 2010 yang lalu. Program berkumpul bersama rakan-rakan ini telah disertai oleh lebih 40 ahli kelab. Perjalanan dari Seramban ke Sg Tua ini diiringi oleh dua orang anggota polis trafik bermotosikal PDRM. Terima kasih kepada PDRM atas kerjasama dan bantuan untuk menjayakan lagi program kelab ini. Selamat maju jaya Kelab RXS Negeri Sembilan......


Friday, February 12, 2010

Harta selepas perceraian

Kemusykilan Agama


Bersama MOHD. FARID RAVI ABDULLAN
pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.
Soalan 1 :

Disebabkan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak, seorang isteri telah menamakan rumah dan tanah yang dibeli dengan hasil titik peluhnya kepada anak-anaknya. Adakah harta-harta yang dinamakan kepada anak-anaknya itu menjadi harta sepencarian kepada pasangan suami/isteri tersebut sekiranya berlaku perpisahan?
Gambaran hiasan: Bangunan Mahkamah Putrajaya housing the syariah

Jawapan :

Berdasarkan Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 2003), ia sesuatu yang diputuskan oleh pihak mahkamah yang menetapkan : Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat sesuatu perintah perceraian untuk memerintah supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.

Kemudian Seksyen 122 (2) menjelaskan, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian mengenai :

o Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperoleh aset itu,
o Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka,
o Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada,

Tertakluk kepada Seksyen 122 (2) mahkamah hendaklah membuat pertimbangan sama banyak. Namun, mahkamah juga boleh memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara kedua pihak sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 122 (3).

Namun dalam kes puan, pertama, kenyataan puan tentang pengabaian tanggungjawab oleh pihak suami menafikan adanya unsur-unsur 'usaha bersama' yang menjadi syarat ia dinamakan 'harta sepencarian'. Kedua, puan mendapatkannya 100 peratus daripada titik peluh puan sendiri. Ketiga, puan telah 'memberikan' harta-harta itu kepada anak-anak dengan menamakan mereka sebagai pemilik harta-harta tersebut secara sah dan terang-terangan. Ia kedengaran lebih kepada konsep hibah maka ia terkeluar daripada kategori 'harta sepencarian'.

Soalan 2 :

Apa hukumnya bermalam di rumah saudara sesama Muslim yang memelihara anjing dalam dan di luar rumah.


gambar hanya hiasan


Jawapan :

Hukum bermalam itu harus manakala mengenai masalah tersentuh anjing- anjing itu pula terbahagi kepada 2;

  • Pertama: Sekiranya bersentuh dengan anjing dalam keadaan kering (iaitu kedua-dua tangan penyentuh dan bulu anjing adalah kering), maka ia tidak menjadikan tangannya bernajis.

  • Kedua: Namun sekiranya tidak dapat mengelak tersentuh anjing-anjing tersebut dalam keadaan basah atau lembap (iaitu sama ada kedua-dua tangan penyentuh dan bulu anjing adalah basah atau lembap atau salah satu daripadanya), maka ia menjadikan tangan bernajis sama ada sengaja menyentuh atau tidak sengaja tersentuh.


Tangan yang bernajis itu wajib disucikan dengan menyamak iaitu dengan membasuhnya tujuh kali dengan air mutlak, kali pertama daripadanya bercampur dengan tanah yang suci seperti yang ajar oleh Nabi dalam satu hadis yang bermaksud : Dari Abu Hurairah r.a katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w : Membersihkan bejana yang dijilat anjing itu adalah dengan membasuhnya (dengan air mutlak) sebanyak tujuh kali dan basuhan yang pertama mestilah bercampur dengan tanah (yang suci). (riwayat muslim).



Soalan 3 :



Saya ada seorang rakan yang bukan Islam. Dia pernah memberitahu saya bahawa dia mempunyai seorang pakcik yang mengusahakan kebun sayur secara organik (tanpa racun serangga/pestisid) dan dia pernah memberitahu saya pakciknya kadang kala menggunakan baja (najis haiwan) daripada sumber haiwan yang haram dimakan oleh orang Islam.

Apakah hukum memakan sayuran atau tanaman tersebut kerana katanya dia berasa serba salah melihat ada pelanggan daripada orang Melayu yag membeli sayuran tersebut?





Jawapan :


Persoalan seumpama ini telah dibincang dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 2 pada 12 Mei 1981 yang memutuskan bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh. Hasil tanaman yang terhasil daripadanya harus dimakan kerana ia telah berubah kepada bentuk zat nutrien kepada pokok tersebut seperti berubahnya arak daripada nira kelapa kepada bentuk tuak dan tidak lagi memabukkan. Walau bagaimanapun seelok-eloknya dielakkan jika kita ketahui perkara tersebut. Namun Allah SWT tidak mengambil kira perkara-perkara yang tidak kita ketahui.


Tajuk-Tajuk Berita Lain :


- Tip Cemerlang Bahasa Arab
- Banjir Besar

- Takutlah Kepada Kuasa Allah

- Malaysian Mosques direktori Masjid

- Harta Selepas Perceraian

- 'Teksi Zakat' bantu Hashim

- Remaja dan erti cinta


Klik pada tajuk di atas. Harta selepas perceraian




Thursday, February 11, 2010

Happy Chinese New Year


Riverstone Eco Resort mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pelanggan dan pembaca blog kami. Thank you for your support. 'Gong Xi Fa Chai'....

Persatuan Pengajian Agama Chi Hui Tang - Mr Leonard Tan
Pride Travel & Event Management Sdn Bhd - Mr Lim Weng Sia
SRJK Yak Chee
GL Holdings Sdn Bhd - Mdm Wong Bali
Bukit Kiara Properties Sdn Bhd - Mr Alex Chua
Prudential Assurance Sherlock Agency - Ms Sherry

Bengkel Membaiki Kereta WAJA
Zesta Sdn Bhd
Mr Print Sdn Bhd
Golden Palm Oil Sdn Bhd
Safeguard Securicor Academy Sdn Bhd
Syabas Sdn Bhd
Blue Box Event Management Sdn Bhd
Kristal Padu Sdn Bhd
Top One Services Sdn Bhd
Khoyyan.blogspot.com

Wednesday, February 10, 2010

Rainforest Warrior Teambuilding

Novartis Pharmaceutical - Middle East Region, had their 1 Day Team Building Program on 9 Feb 2010. About 200 participants are required to participate in all activities provided during the excercise. Activities started from 9.00am and ended at 5.00pm. Most of the participants are happy with all the activities provided and enjoyed being with us at Riverstone Eco Resort.

Archery

Blowpipe


4 x 4 Challenge



Abseilling

Short briefing by trainers to group leader before activities started.

River Crossing

Paint Ball

Bamboo Raft

Rafting time.....participant need to peddle their raft to designated destination.




Sunday, February 7, 2010

MMU Peer Group


MULTIMEDIA UNIVERSITY




Seramai 20 orang ahli MMU Peer Group telah mengadakan aktiviti rekreasi selama 2H 1M pada 6 hingga 7 Februari 2010. Menggunakan penginapan khemah dan memilih aktiviti Berakit dan Jalan Malam.





Wednesday, February 3, 2010

Laman Herba - Bemban

Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog ini. Bertemu lagi di Laman Herba bulan ini dengan tajuk herba sebagaimana yang telah dijanjikan pada bulan lalu iaitu BEMBAN.

Nama Tempatan-- : Bemban

Jenis ---------------- - : 1. Bemban Batu 2. Bemban Air
Nama Saintifik----: 1. Donax Grandis 2. Donax Arundastrum
Famili ------------ --- : Marantaceae
Nama-nama Lain: Bemban Air, Bemban Kicap, Bemban Paya ----------------------------------------------Bemban Batu, Bemban Darat, Bemban Bukit

Jenis Dan Habitat
Bemban merupakan tumbuhan liar yang terdapat di hutan seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Terdapat dua jenis Bemban iaitu Bemban Air yang tumbuh di kawasan hutan berpaya atau air tawar dan Bemban Batu yang tumbuh di tanah kering berpasir.

Bemban air mempunyai daun yang kecil serta batang yang lembut - mudah dibengkokkan. Manakala Bemban Batu mempunyai daun yang lebar serta batang yang keras - susah dibengkokkan.

Rupa Bentuk
Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh. Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval mempunyai permukaan yang cantik dan berkilat. Batangnya tinggi dengan daunya terletak di hujung batang. Bemban air berwarna hijau tua sementara bemban batu berwarna hijau tua kehitaman.

Kegunaan
Batang bemban - dijadikan tupas atau bidai.
Akar Bemban - ditumbuk untuk mendapatkan jusnya dan digunakan untuk mengubati kurap, dititiskan ke dalam mata sebagai ubat sakit mata. Teknik perubatan ini digunakan oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.
Air Rebusan - diminum sebagai penawar racun ular dan darah beracun.
Batang Muda - ditumbuk lumat bersama halia dan kayu manis ditelan dengan air untuk mengatasi masalah angin dalam perut dan usus.
Daun dan Pucuk - merawat sakit mata dan mengurangkan demam panas.
Kulit batang Bemban Air - dibelah nipis digunakan untuk mencucuk atap rumbia. Juga dianyam untuk dijadikan tikar.
Kulit batang Bemban Batu - lebih kuat dan dianyam untuk dijadikan bakul

Serumpun pohon Bemban Batu

Anak-anak pokok bemban yang banyak tumbuh meliar di Riverstone. Sekiranya ada yang ingin melihat pokok bemban, datang la ke tempat kami...tengok percuma je.

Bunga Bemban - berwarna putih dan berbau agak wangi. Buahnya pula berbentuk bulat dan kecil saiznya.

Pembiakan Bemban. Ianya mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. Ia juga boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun.

Bemban juga menjadi habitat utama kelip-kelip.


Bemban tumbuh merimbun secara berumpun. Lihatlah batangnya yang lurus dengan permukaan yang licin dan berkilat. Masa kecik dulu kami gunakan batang bemban yang baru nak tumbuh sebagai keris.....jadi panglima dari bukit siguntang...

Anyaman tikar bemban bermotif amat sinonim dengan masyaraka Iban di Sarawak. Seni buatannya yang halus dan motif-motif unik yang ditonjolkan menyerlahkan lagi keindahan tikar dari bemban ini.


Bakul-bakul dari Bemban yang tidak kurang indahnya hasil kerja tangan masyarakat Iban di Sarawak.

Bemban - Melaka
Bukit Ulu Bemban - Melaka
Kolam Air Panas Bemban - Melaka
SMK Seri Bemban
SK Seri Bemban
Kg Air Bemban - Johor
SJKC Bemban, Air Bemban - Johor
Kg Bemban, Seremban - Negeri Sembilan
Sungai Bemban Kanan, Seremban - Negeri Sembilan
Kg Bemban Homestay
Bukit Bemban - Negeri Sembilan
Jalan Bemban, Batu Gajah - Perak
Bemban Industrial Park, Batu Gajah - Perak
SJKC Bemban, Batu Gajah - Perak
Kg Bemban, Pasir Mas - Kelantan
Kg Paya Bemban, Kota Bharu - Kelantan
Kubang Bemban - Kelantan
SMK Kubang Bemban, Pasir Mas - Kelantan
Kg Alur Bemban - Kedah
Kg Kubang Bemban - Kedah
Kg Bemban, Jitra - Kedah
Kubang Bemban, Jertih - Terengganu
K
K

Kita akan bertemu lagi di Laman Herba bulan hadapan iaitu SENDUDUK.