Thursday, January 21, 2010

Seks 'ubat tidur' suami.



Apa yang sering orang lupa mengenai seks terutama wanita - seks untuk kesihatan. Seks bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu. Kepada lelaki, seks dapat menyihatkan tubuh badan. Lebih kerap melakukan hubungan seks, semakin sihatlah lelaki itu.

Mengikut kajian, semasa melakukan hubungan seks sebanyak 85 hingga 200 kalori akan terbakar dalam tempoh 30 minit. Tulang dan otot akan semakin kuat. Ini kerana seks membantu mengeluarkan hormon testosteron. Ini fakta yang sering kita dengar yang isteri selalu lupa.

Bayangkan sahaja semasa kemuncaknya, bukan sahaja minda tetapi otot dan segala kekuatan lelaki akan bertumpu. Aktiviti apakah yang dapat mengumpulkan tumpuan dan kekuatan lelaki sehebat ini?

Ramai menyebut analogi bom meletup pun tidak dihirau apatah lagi anak menangis. Sebab itu rami bersetuju bahawa antara rahsia mengawal lelaki adalah dengan mengawal seks mereka. Ini yang selalu isteri lupa.

Pengeluaran testosteron juga menjadi penentu agar tenaga terus terjaga dan meningkat. Bila melihat lelaki lesu pada pagi hari, tentu sekali maksudnya bukan kerana 'overdose' tetapi kurang dos. Berapa banyak dos yang diperlukan oleh lelaki?

Seks teratur (maksudnya tidak berlebihan) turut dapat meningkatkan immunoglobulin A - antibodi penting untuk sistem kekebalan badan. Fakta lain yang juga menarik ialah hubungan seks sekali atau dua kali seminggu, dapat membantu mencegah selesema.

Hormon serotonin yang dilepaskan semasa ejakulasi rupa-rupanya mempunyai manfaat lain. Ia dapat mengurangkan rasa sakit kepala dan leher. Justeru kalau suami mengadu selalu sakit kepala atau leher, isteri perlu cepat-cepat 'mengubatinya'.

Ejakulasi secara teratur dapat mengurangkan risiko barah prostat yang banyak dialami oleh lelaki setengah baya. Beberapa kajian mendedahkan lelaki yang ejakulasi secara teratur mampu mengurangkan 30 peratus risiko barah prostat.

Ejakulasi melalui hubungan seks pada malam hari dapat membantu lelaki supaya mudah tidur.
Tetapi leceh dan selalu pula menyusahkan pasangan mereka. Ramai lelaki menjadikan ejakulasi sebagai Ubat Tidur.



Naluri lelaki - Utusan Malaysia



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"