Saturday, January 30, 2010

Dorm dan Chalet Buluh



Riverstone Eco Resort terletak di antara Hutan Lipur Sungai Tua dan Empangan Batu. Merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi yang unik dan paling hampir sekali kedudukannya dari Kuala Lumpur. Uniknya resort ini adalah kerana keindahan seni binanya di samping flora dan fauna yang masih belum tercemar. Bagi para tamu yang sering ke sini untuk menghadiri program latihan seperti Team Building, Motivasi dan Rekreasi, di sini mereka dapat menikmati udara segar dan keindahan alam bersama dengan nostalgia kampung halaman di masa silam.....resort ini tiada kemudahan elektrik, bekalan elektrik dari generator hanya berfungsi dari pukul 7 petang sehingga 12 malam sahaja. Selepas itu, resort hanya diterangi oleh lampu dari sumber bateri dan pelita minyak tanah...unik kan?

Antara kemudahan penginapan yang disediakan di sini adalah :

D
DORM :


Bangunan dengan kedudukan tertinggi di sini. Terletak di atas bukit, bangunan 2 tingkat dengan 4 bilik yang dinamakan Hillview 1, Hillview 2, Hillview 3 dan Hillview 4 juga menerapkan senibina yang menarik. Bangunan ini merupakan satu-satunya bangunan di resort ini yang menggunakan kemasan dari batu sepenuhnya.

Ruang legar tingkat bawah yang menempatkan Hillview 1 dan Hillview 2. Keseluruhan 4 bilik dorm ini dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas.

Pandangan dalam dorm yang dilengkapi dengan katil bertingkat. Hillview 2, 3 dan 4 boleh menempatkan 12 hingga 14 katil bertingkat sementara Hillview 1 pula menempatkan 7 hingga 8 katil bertingkat.



Rekabentuk dalaman Hillview 4 merupakan rekabentuk dalaman yang paling indah sekali untuk Dorm ini. Siling bilik ini diperbuat dari pecahan buluh yang disusun atur dengan teliti untuk menghasilkan corak yang menarik.
Harga :
Hillview 1  -  7 katil RM280.00
Hillview 2  - 12 katil RM480.00
Hillview 3  -  12 katil RM480.00
Hillview 4  - 12 katil RM440.00

Kemudahan :
Bilik Mandi dan Tandas di setiap bilik.


CHALET BULUH :

Terdapat 4 unit Chalet Buluh dengan senibina yang unik. Terletak di bahagian bawah Dorm. Mengambil konsep binaan pondok orang asli, dengan dinding kemasan buluh pecah dan dilapik dengan plywood di bahagian dalam dan berlantaikan papan.




Setiap Chalet Buluh dilengkapi dengan 1 katil bertingkat, tanpa kemudahan bilik mandi dan tandas. Boleh menempatkan maksimum 4 orang dengan tambahan tilam. Bilik mandi dan tandas terletak 15 meter dari chalet ini.





Bahagian balkoni hadapan Chalet Buluh. Anda dapat menikmati pemandangan indah laman resort dari sini.


Harga : RM60.00
Jumlah : 4 unit
Muatan : 2 - 4 orang
Tanpa kemudahan bilik mandi dan tandas, terdapat tandas dan bilik mandi berkongsi berhampiran chalet ini.










11 comments:

  1. kalau kami mahu bermalam sahaja dan membuat aktiviti kami sendiri (BBQ, games n so on) adakah itu dibenarkan kat sini...

    ReplyDelete
  2. saya nk tnye.ade ke tidak pakej untuk student?menginap di dorm.kami merancang untuk bermalam 1 mlm shje.dan bolehkah kami membuat aktiviti seprti BBQ di sini?harap dpt beri sye quotation.email sye.jeeha_abd94@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. boleh berikan quotation untuk program student ipt 2 hari 1 mlm pakej dorm untuk 100 org,sekali bbq dan sukaneka?emel sy yeen_girlzone@yahoo.com
    (asap,event pada 29/9/2012-30/9/2012)

    ReplyDelete
  4. salam,boleh bagi quotation untuk program family day 2 hari 1 malam . pakej dorm untuk 135 orang beserta bbq, sukaneka dan paintball. email kan di farahnazira616@yahoo.com .ASAP

    ReplyDelete
  5. salam bley bgi quotation untuk program skolah 3hari 2malam pakej dorm untuk 35 org brserta bbq paintball dan aktiviti2 lain. emailkan di red.tarmizi@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. paintball activity untuk target shooting je ke?
    red.tarmizi@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. salam..mohon beri quotation utk program pelajar giat mara rasah negeri sembilan...2 hari 1 malam jumlah pelajar 36 org guru 4 org (2 lelaki 2 perempuan)

    mohon email ke fazrisyam@gmail.com

    masukkan harga aktivity luar
    merentas hutan dan rakit buluh

    ReplyDelete
  11. Salam..mohon untuk memberi sebut harga untuk program team building pelajar ipt 3h 2m untuk 30 orang.

    1 bilik vip
    berserta outdoor activities(explore riverstone race, flying fox,abseiling & repailing)

    email: syfatokiran@gmail.com

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan komentar anda"