Tuesday, November 17, 2009

BANJIR DI KAMPUNG SELABAK


Hari Ahad 15 November 2009, bertempat di Parit Suhud, Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak, berlangsung majlis persandingan Mohd Fidzhar Asararuddin (anak Wak Serol) dan Hairus Saadiah. Mohd Fidzhar pernah berkhidmat selama 3 tahun di Riverstone Eco Resort. Beliau meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2008 setelah mendapat tawaran kerja di Pejabat Kesihatan Sungai Buluh. Walaupun demikian Fidzhar atau panggilan popularnya Abang Afis masih memberikan perkhidmatan di Riverstone pada hujung minggu atau apabila diperlukan sebagai Jurulatih disamping Ketua Jurulatih kami En Abd Wahab Daud (Abah).

Sesampai di Kampung Selabak, kami meneruskan perjalanan ke rumah pengantin. Sepanjang perjalanan mata tertumpu kepada kebanyakan halaman rumah yang ditenggelami air. Dalam hati berkata...Banjir juga kampung ni rupanya. Sesampai di rumah pengantin....terlopong mulut kami menyaksikan pemandangan yang sedemikian rupa. Ingatkan kat kelantan je kenduri dalam banjir...kat sini pun ada gak kenduri dalam banjir....Keseluruhan halaman rumah dipenuhi air. Kanopi yang dipasang siap dengan kain layar biru putih untuk jamuan makan selaras dengan tema warna hari itu, warna biru semuanya berlantaikan air.

Kami dijemput masuk oleh beberapa orang penyambut tetamu, ngeri gak kena meniti dua batang kayu untuk sampai ke bangsal kereta yang dijadikan tempat menjamu selera kerana tidak ditenggelami air, kami di sambut ramah oleh Wak Serol, bapa pengantin lelaki. Oleh kerana tempat duduk di bangsal telah penuh kami terpaksa beralih ke bawah kanopi. Biasanya makan di restoran atas air, tapi kali ini makan di bawah kanopi kaki terendam air....

Sambil makan mata meliar memandang sekeliling....di satu sudut, terpandang karpet hijau terapung....ada bunga-bunga plastik bersepah disekelilingnya. Pelamin?....patutlah pelamin di dalam rumah nampak ringkas je....rupanya pelamin anganku musnah dek air bah............

Namun demikian, air banjir langsung tidak mencuri atau menghancurkan kemeriahan majlis pada hari ini....suasana tetap hingar bingar, penanggah tetap sibuk menyajikan makanan kepada tetamu yang semakin ramai dan semakin memenuhi kanopi, kumpulan kompang memalu kompang di rumah jiran sebelah menggunakan pembesar suara, dendangan lagu Joget Pahang oleh Sri, yang juga merupakan penyanyi di Riverstone menghiburkan tetamu dari sudut karaoke...hanya yang kelihatan hampa kerana tidak dapat beraksi pada hari itu adalah Kumpulan Seni Silat Serumpun. Sudah tiada tempat yang tidak ditenggelami air untuk mereka....

Emak pengantin sibuk bersalaman dengan setiap tetamu yang hadir sambil memberikan bungkusan biru kepada setiap tetamu. Kami difahamkan dikalangan masyarakat jawa itu adalah bungkusan 'Bontot' atau buah tangan yang berupa nasi dan lauk, kalau perjalanan balik jauh boleh la makan ditengah jalan nanti. Kelihatan juga kakak pengantin lelaki Pn Hamidah, yang juga merupakan Pengurus Besar Riverstone Eco Resort seperti biasa sentiasa tersenyum mempersilakan tetamu makan. Mata meliar juga meninjau-ninjau mana Boss ni tak nampak pun....kat belakang kut.

Paluan kompang kedengaran semakin menghampiri rumah pengantin.....dan dicorong pembesar suara diumumkan upacara persandingan akan dilangsungkan. Sampai dihalaman rumah yang dipenuhi air, dua orang abang pengantin lelaki bertindak mendukung pengantin. Ye.. lah masakan pengantin nak meredah air banjir tu...rosak lak baju cantik mak andam tu karang. Persandingan diluar dibuat ditepi beranda...dengan beralaskan tikar, kedua mempelai didudukkan bersama untuk acara silat sembah pengantin...tu dia pendekar-pendekar kg selabak tunjuk taring dimulakan dengan Khairi (mamat) - juga bekas staff riverstone membuka langkah, wakil tebuk mualaf - Paman Tarhim yang juga merupakan bapa Khairi (mamat), wakil dari Batu Arang - Wak Khatis, dan beberapa orang lagi sebelum disudahi oleh Tok Guru pengantin lelaki Paman Saroni.

Selesai majlis sembah pengantin....kedua mempelai bersanding pula di atas pelamin di dalam rumah. Lebih aman dan jauh dari air bah.....ingatkan selama ini hanya banjir di Teluk Intan, rupanya Banjir di Kampung Selabak juga......

<



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"