Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Kepada semua pembaca yang melayari blok ini, Riverstone Eco Resort mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Happy Birthday Boss

Ops....dah malam baru teringat...Happy Birthday Boss....kami kakitangan Riverstone Eco Resort, Etika Sihat Sdn Bhd, Eshorich Trading dan Asha Photo Master ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga panjang umur, murah rezeki....sori boss tak de duit nak beli hadiah...cukup bulan boleh boss?

Jemputan Majlis Perkahwinan Yanie & Opie

























Kepada PERSARANA - Persatuan Anak Selabak di Rantau, dan semua yang mengenali kedua mempelai yang juga merupakan adik perempuan kepada Boss Riverstone Eco Resort dijemput untuk menghadiri majlis ini yang akan di adakan di Kg Selabak, Teluk Intan, Perak, pada hari Ahad 29 November 2009.
Kepada yang belum pernah ke Teluk Intan, sekiranya anda mengambil Lebuhraya Utara-Selatan, masuk melalui tol Bidor, menghala ke Teluk Intan, anda akan melalui Kg Jeram Mengkuang, Kg Ayer Hitam, Kg Changkat Jong, terus menuju simpang menghala ke Lumut, di sebelah kanan Sek Men Seri Kandi, sampai di simpang tiga masuk ke kiri ke Kg Selabak, anda akan melewati Masjid Saadah di sebelah kanan, Sek Keb Kg Selabak di sebelah kiri, lebih kurang 1.5km dari sekolah adalah rumah pengantin.
Bagi anda yang memilih untuk melalui jalan Kuala Selangor, dari Simpang Empat, Hutan Melintang, menuju ke Teluk Intan, anda akan melalui Sek Men Sains Teluk Intan, jambatan
Seberang Perak, Kg Batak Rabit, anda akan bertemu lampu isyarat menuju Kg Banjar. Masuk ke simpang ini dan terus menuju ke Kg Selabak, anda akan bertemu simpang tiga, masuk ke kanan untuk ke Kg Selabak Dalam iaitu rumah pengantin.
Terdapat juga tanda-tanda jalan yang diletakkan oleh tuan rumah untuk memudahkan perjalanan anda ke rumah pengantin.
Kehadiran anda akan dapat memeriahkan lagi majlis ini. Terima kasih.

Sunday, November 22, 2009

KEM BINA ROHANI 2009




































images-www.mekaresq.wordpress.com

Ust Hj Awaluddin Pengarah/Pengetua Madrasah Qasimul Ulum telah mengunjungi Riverstone Eco Resort pada hari Ahad 22/11/09 untuk bertemu dengan Pengurus Besar kami Pn Hamidah Asararuddin, untuk tempahan program Kem Bina Rohani 2009 di Riverstone Eco Resort. Melalui penjelasan dari Ust Hj Awaluddin, bagi pihak Riverstone Eco Resort dan Pn Hamidah sendiri, amat tertarik dengan program ini.

Oleh itu bersama dengan Ust Hj Awaluddin, Riverstone Eco Resort amat mengalu-alukan sekiranya ada dikalangan pelanggan atau pembaca yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program Kem Bina Rohani 2009 ini. Bolehlah anak-anak kita memenuhi masa yang terluang semasa musim percutian sekolah ini untuk mempelajari sesuatu yang baru dan amat berguna dalam kehidupan sebagai seorang islam.

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi nombor yang tertera di poster untuk maklumat lanjut.

Tuesday, November 17, 2009

BANJIR DI KAMPUNG SELABAK


Hari Ahad 15 November 2009, bertempat di Parit Suhud, Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak, berlangsung majlis persandingan Mohd Fidzhar Asararuddin (anak Wak Serol) dan Hairus Saadiah. Mohd Fidzhar pernah berkhidmat selama 3 tahun di Riverstone Eco Resort. Beliau meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2008 setelah mendapat tawaran kerja di Pejabat Kesihatan Sungai Buluh. Walaupun demikian Fidzhar atau panggilan popularnya Abang Afis masih memberikan perkhidmatan di Riverstone pada hujung minggu atau apabila diperlukan sebagai Jurulatih disamping Ketua Jurulatih kami En Abd Wahab Daud (Abah).

Sesampai di Kampung Selabak, kami meneruskan perjalanan ke rumah pengantin. Sepanjang perjalanan mata tertumpu kepada kebanyakan halaman rumah yang ditenggelami air. Dalam hati berkata...Banjir juga kampung ni rupanya. Sesampai di rumah pengantin....terlopong mulut kami menyaksikan pemandangan yang sedemikian rupa. Ingatkan kat kelantan je kenduri dalam banjir...kat sini pun ada gak kenduri dalam banjir....Keseluruhan halaman rumah dipenuhi air. Kanopi yang dipasang siap dengan kain layar biru putih untuk jamuan makan selaras dengan tema warna hari itu, warna biru semuanya berlantaikan air.

Kami dijemput masuk oleh beberapa orang penyambut tetamu, ngeri gak kena meniti dua batang kayu untuk sampai ke bangsal kereta yang dijadikan tempat menjamu selera kerana tidak ditenggelami air, kami di sambut ramah oleh Wak Serol, bapa pengantin lelaki. Oleh kerana tempat duduk di bangsal telah penuh kami terpaksa beralih ke bawah kanopi. Biasanya makan di restoran atas air, tapi kali ini makan di bawah kanopi kaki terendam air....

Sambil makan mata meliar memandang sekeliling....di satu sudut, terpandang karpet hijau terapung....ada bunga-bunga plastik bersepah disekelilingnya. Pelamin?....patutlah pelamin di dalam rumah nampak ringkas je....rupanya pelamin anganku musnah dek air bah............

Namun demikian, air banjir langsung tidak mencuri atau menghancurkan kemeriahan majlis pada hari ini....suasana tetap hingar bingar, penanggah tetap sibuk menyajikan makanan kepada tetamu yang semakin ramai dan semakin memenuhi kanopi, kumpulan kompang memalu kompang di rumah jiran sebelah menggunakan pembesar suara, dendangan lagu Joget Pahang oleh Sri, yang juga merupakan penyanyi di Riverstone menghiburkan tetamu dari sudut karaoke...hanya yang kelihatan hampa kerana tidak dapat beraksi pada hari itu adalah Kumpulan Seni Silat Serumpun. Sudah tiada tempat yang tidak ditenggelami air untuk mereka....

Emak pengantin sibuk bersalaman dengan setiap tetamu yang hadir sambil memberikan bungkusan biru kepada setiap tetamu. Kami difahamkan dikalangan masyarakat jawa itu adalah bungkusan 'Bontot' atau buah tangan yang berupa nasi dan lauk, kalau perjalanan balik jauh boleh la makan ditengah jalan nanti. Kelihatan juga kakak pengantin lelaki Pn Hamidah, yang juga merupakan Pengurus Besar Riverstone Eco Resort seperti biasa sentiasa tersenyum mempersilakan tetamu makan. Mata meliar juga meninjau-ninjau mana Boss ni tak nampak pun....kat belakang kut.

Paluan kompang kedengaran semakin menghampiri rumah pengantin.....dan dicorong pembesar suara diumumkan upacara persandingan akan dilangsungkan. Sampai dihalaman rumah yang dipenuhi air, dua orang abang pengantin lelaki bertindak mendukung pengantin. Ye.. lah masakan pengantin nak meredah air banjir tu...rosak lak baju cantik mak andam tu karang. Persandingan diluar dibuat ditepi beranda...dengan beralaskan tikar, kedua mempelai didudukkan bersama untuk acara silat sembah pengantin...tu dia pendekar-pendekar kg selabak tunjuk taring dimulakan dengan Khairi (mamat) - juga bekas staff riverstone membuka langkah, wakil tebuk mualaf - Paman Tarhim yang juga merupakan bapa Khairi (mamat), wakil dari Batu Arang - Wak Khatis, dan beberapa orang lagi sebelum disudahi oleh Tok Guru pengantin lelaki Paman Saroni.

Selesai majlis sembah pengantin....kedua mempelai bersanding pula di atas pelamin di dalam rumah. Lebih aman dan jauh dari air bah.....ingatkan selama ini hanya banjir di Teluk Intan, rupanya Banjir di Kampung Selabak juga......

<



Thursday, November 12, 2009

Riverstone Eco Resort - Aktiviti dari 6 - 8 Nov 2009

Mr Alex Chua & Geng of Bukit Kiara Properties Sdn Bhd - having fun with jungle trekking, flying fox and obstacle course...plus breakfast and lunch on 8 Nov 2009. On the same day a group of 80 students from SRJK Yak Chee - Puchong, was also having their jungle trekking activity. Taking our 3D2N package from 6 - 8 Nov 2009, they are accompanied by Pride Travel and Event Management Sdn Bhd as their Fasilitator. Both group enjoyed all the activities provided by the resort. For the teacher from SRJK Yak Chee who ordered Kerabu Mangga, our GM Puan Hamidah extended her sorry for not able to fulfill the order.......


SMJK Yak Chee ....sedang tekun mendengar penerangan dari Fasilitator sebelum memulakan aktiviti rentas hutan.

Bye......memulakan perjalanan merentas hutan.....jurulatih RER - Abah di depan sekali (berbaju celoreng)......seriusnya abah...takut semua orang.

Para peserta menghampiri puncak bukit batu Riverstone.....highest peak at our place....




Terima kasih Riverstone....akhirnya puncak bukit ini dapat kami tawan....Fasilitator, guru dan peserta berada di puncak bukit Riverstone...melihat keindahan sekeliling empangan batu. Hanya 6-7 orang boleh berada di puncak ini dalam satu masa yang sama.

Friday, November 6, 2009

SEK. MEN. RAJA ABDULLAH

Pelajar sedang mendengar penerangan daripada Jurulatih RER sebelum memulakan aktiviti flying fox. Menurut Jurulatih, pelajar-pelajar ini yang terdiri daripada pemain softball sekolah, merupakan pelajar yang berdisiplin dan mudah diuruskan sepanjang aktiviti berlangsung. Tahniah adik-adik. Teruskan sikap tersebut. Anda pasti akan berjaya.



Ketua Jurulatih RER lebih mesra dengan pangilan "Abah"
Menungu aktiviti seterusnya Peserta minum petang
Jaga dik nampak je mudah tu. . . ......
Salah seorang guru terpaksa menunaikan permintan anak murid untuk terjun flying fox
hey !.......... Ngeri jugak iyee .........
www.smkra.edu.my

Monday, November 2, 2009

Program Motivasi Pelajar Kolej Komuniti



Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti Kepala Batas. Program Motivasi Pelajar. 28 - 30 Oktober 2009.


Seramai 55 orang pelajar dari kedua-dua kolej ini telah berkampung di Riverstone Eco Resort untuk menjayakan program motivasi pelajar selama 3 hari 2 malam. Program ini merupakan program anjuran bersama Kolej Komuniti dan Proton. Fasilitator untuk program ini disediakan oleh Proton. Sementara Riverstone Eco Resort selaku penyedia kemudahan penginapan dan makan minum mendapat pujian dari semua peserta kerana sajian makanan yang enak dan menyelerakan. Rata-rata mengatakan makanan disini sedap..... Selain itu keindahan senibina


Riverstone Eco Resort juga mengagumkan semua pengunjung dari Terengganu dan Kepala Batas yang baru pertama kali menjejakkan kaki mereka di sini....