Friday, October 30, 2015

Survival Camp. Eksplorasi dan Ekspedisi.


Kem 3H2M ini telah berlansung dengan jayanya pada 28 - 30 Ogos 2015 yang lalu. Seramai 100 orang pelajar dari Kolej Antarabangsa Yayasan Saad Melaka dengan diketuai oleh En Azmi Mohamad selaku guru pembimbing telah menyertai kem ini.



Seperti biasa pembahagian kumpulan, kata sorakan kumpulan dan demo membuat peralatan survival dilakukan pada malam hari pertama oleh 6 orang Jurulatih dan seorang Ketua Jurulatih berpengalaman dari Riverstone Eco Resort. Kami juga disertai oleh 4 orang trekker orang asli penduduk tempatan.

Misi hari ke 2 adalah Rentas Hutan dan Masakan Rimba......





Menuju ke destinasi yang telah ditetapkan dengan penuh debaran. Membawa bersama bekalan beras, ayam, bunga kantan, gula, garam, tea uncang, bawang dan cili. Masing-masing teruja dengan aktiviti yang bakal dilalui.





Beberapa aktiviti lain juga dijalankan sepanjang program berlansung seperti Memanah, Rempuh Halangan, Jalan Malam juga Cina Buta.





Dan yang pasti makan Nasi Ambeng sebelum pulang ke Kolej




Wajah-wajah ceria peserta setelah selesai aktiviti.





SEHINGGA BERJUMPA LAGI BERSAMA PELAJAR LAIN PULA....Terima kasih Kolej Yayasan Saad.