Wednesday, March 31, 2010

Jawatan Kosong



1. Marketing Executive - Lelaki/Perempuan. Mempunyai kenderaan sendiri. Berpengalaman dan fasih Bahasa Inggeris.

2. Tukang Masak - Lelaki/Perempuan. Boleh memasak masakan Melayu. Masakan Panas dan Thai. Berpengalaman dalam bidang masakan diutamakan.

3. Pembantu Tukang Masak. Bolah memasak masakan melayu.

4. Pekerja Am


Riverstone Eco Resort
Tel : 03 - 92004181
R
R
R
R

Friday, March 26, 2010

Menyusu Anak Lebih Dua Tahun




Kemusykilan Agama


Bersama MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
Pengarah Institut Kajian hadis Selangor, Kolej


Universiti Islam Antarabangsa. Selangor


Soalan :
Apakah hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun? Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?


Jawapan :
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk mashalat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini. Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun. Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun. Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Utusan Online





Gambar hiasan kulit buku



Monday, March 22, 2010

Jabatan Agama Islam - Klang

Unit Dakwah - Jabatan Agama Islam Klang, telah mengadakan program motivasi selama 3H 2M dari 19 - 21hb March, 2010. Program ini disertai oleh seramai 50 remaja dan 15 Urusetia. Selain menerapkan nilai-nilai rohani program juga menyelitkan aktiviti rekreasi.











Sunday, March 21, 2010

SMK Aminuddin Baki

Seramai 75 orang ahli Persatuan Bahasa Cina dari SMK Aminuddin Baki telah mengadakan program perkhemahan sempena cuti penggal persekolahan baru-baru ini. Program 3H 2M ini berlangsung pada 16 - 19 Mac 2010. Selain sesi ceramah beberapa aktiviti rekreasi juga menjadi pilihan sepanjang perkhemahan ini.











Monday, March 15, 2010

Dewa-Dewi Romawi Kuno


Berita Harian Online: "Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno
Posted on the March 15th, 2010 under Mystery, Warning by johnjimat


Di dalam ilmu astronomi pun diselitkan unsur-unsur pemuja berhala dahulu kala. Ianya NYATA pada penggunaan nama-nama yang dijadikan istilah-istilah dalam Astronomi. Itulah agenda tersembunyi Iluminati dalam menyerapkan semua ajarannya dalam apa sahaja perkara yang mereka dapat. Sehinggakan nama-nama planet dalam Sistem Suria kita yang selalu kita sebut pun adalah nama-nama kepada dewa-dewi yang dipuja oleh mereka.
.
.
Mercury Planet Utarid"

The Nagasai Temple - Meditation Activity

On 13 - 14 March 2010, about 60 devotees from The Nagasai Temple had their 2 Day 1 Night Medition Activity at our place. Beside meditation at our hall devotees also had their meditation near the river. Combining nature, water and soil, our resort are the best place for the devotees to have their meditation.



Saturday, March 13, 2010

Petua Kecantikan - Daun Sirih

Daun Sirih





Daun Sirih dan kehidupan seharian seumpama irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Daun ini memainkan peranan besar dalam kehidupan kita...bermula dengan digunakan sebagai hiasan hantaran perkahwinan - iaitu sirih junjung, digunakan pula untuk mendemah atau menghilangkan kembung perut bayi yang baru dilahirkan juga menjadi bahan untuk dikunyah nenek-nenek kita.
Sirih
Selain itu proses pemodenan sirih menjadikannya sebagai bahan untuk kebersihan diri dalam bentuk cecair dan juga sabun...ianya juga digunakan untuk kecantikan. Anda boleh mencuba cara ini untuk menghasilkan kulit yang halus.
Sirih
Sirih
5 helai daun sirih - ditumbuk sehingga lumat
1 genggam beras - ditumbuk hancur
Sirih
campurkan sehingga sebati, lumurkan keseluruh badan sebelum mandi untuk dijadikan seperti sabun atau pun lulur...cuba untuk mengetahui hasilnya..



Thursday, March 11, 2010

Empangan Batu

Teratai ......Bunga Indah...seindah Sungai Batu

Muara Sungai Tua dan Sungai Bisul
Pelantar aktiviti sukan 'Rowing'

Senja di R1


Empangan Batu atau Batu Dam terletak di Lembah Kelang atau lebih tepat lagi ia terletak di sepanjang jajaran rangkaian jalan utama Selayang-Sungai Tua-Ulu Yam. Empangan ini hanyalah empangan untuk bekalan air minuman sahaja, bukan empangan janakuasa elektrik. Empangan ini boleh menampung 30,199 juta liter air. Empangan ini telah dibina bagi menampung keperluan air penduduk di Selangor terutama di ibu kota Kuala Lumpur. Sungai Batu yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa telah dipilih kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur. Empangan Batu menyalurkan air mentah kepada loji rawatan air Sungai Batu.





Empangan Batu berkeluasan 775 hektar yang terdiri daripada kawasan pertanian dan hutan.
Selain Sungai Batu terdapat 2 lagi anak sungai utama yang mengalirkan air ke Empangan Batu iaitu Sungai Tua dan Sungai Bisul.
Empangan Batu dibina selepas berlaku banjir besar di Kuala Lumpur pada tahun 1971. Kerajaan telah mengadakan satu projek tebatan banjir yang besar bermula pada 1973. Menerusi projek ini dua empangan telah dibina iaitu Empangan Batu dan Empangan Klang Gate.

Penurunan tahap air yang serius di Empangan Batu pada bulan Februari 1998 disebabkan oleh fenomena El Nino telah menyebabkan kepada berlakunya kekurangan bekalan air yang melibatkan hampir ke semua penduduk Lembah Kelang. Krisis ini menyebabkan kerajaan melakukan catuan air yang dibuat sebelum Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Hari ini Empangan Batu menjadi tumpuan pencinta fotografi untuk merakamkan keindahan alam semulajadinya ....menjadi lokasi penggambaran filem dan tidak kurang juga dikunjungi oleh masyarakat sekitar untuk menikmati kesejukan air Sungai Batu yang nyaman.
Tetapi semenjak dari penghujung tahun 2008, kawasan sepanjang 400 meter dari muara Sungai Batu sehingga ke jambatan Jln Sungai Tua, tidak lagi boleh di gunakan sebagai tempat perkelahan...Pembinaan tembok batu bukan sahaja telah menyekat penggunaan sungai sebagai tempat rekreasi malah telah mencacatkan pandangan. Papan tanda larangan juga telah dipacakkan untuk mengumumkan penutupan kawasan tersebut.
Apa yang menjadi persoalan di sini adalah...apakah kepentingan penutupan kawasan ini? Hanya kerana terdapatnya Projek Pemeliharaan Ikan Kelah? Bolehkah ikan kelah hidup di muara sungai sedangkan di pangkal sungai merupakan tempat perkelahan? Hidupkah ikan kelah di air tohor dan kotor? Apa yang lebih menjadi kemusykilan, hari ini, tempat yang diwartakan sebagai tempat larangan ini dilihat telah dijadikan sebagai tempat rekreasi, tempat mandi manda....tetapi hanya untuk orang tertentu sahaja....malahan ada binaan tandas sementara yang disalurkan ke Sungai Batu sisa buangannya....





Haruskah situasi ini dibiarkan berterusan?






Senja - R2


Terdapat juga tempat-tempat rehat di tepi jalan di sepanjang Empangan ini yang di namakan R1, R2 dan R3. Pengguna laluan Sg Tua - Ulu Yam boleh berhenti dan berehat seketika di gazebo yang dibina di tempat-tempat rehat ini. Selain dari menikmati kesegaran udara tasik dan keindahan hutan. Keindahan Sg Tua yang masih belum tercemar tidak diketahui ramai.
Untuk ke sini anda perlu berjalan kaki selama satu jam melalui jalan hutan dan bukit. Tetapi perjalanan anda amat berbaloi kerana anda akan menikmati keindahan Sg Tua...airnya yang jernih, sejuk dan anak-anak ikan berwarna-warni dapat anda lihat hidup tanpa gangguan di sini...

Kami di Riverstone Eco Resort sering mengadakan kerja-kerja pembersihan di sekitaran dan muara Sungai Batu atau bagi penduduk setempat dikenali sebagai Kampung Bakar Batu. Oleh itu bagi pemancing yang sering ke sini kami ingin menyeru supaya anda menjaga kebersihan dan jangan buang sampah merata-rata. Hargailah keindahan alam sekitar kita. Ingat kita tidak mewarisi alam dan isinya tetapi meminjamnya dari anak-anak kita....





Muara Sungai Batu

Pandangan dari muara Sungai Batu menghala ke Riverstone Eco Resort


Riverstone Eco Resort

Penginapan - Riverstone Eco Resort








Monday, March 8, 2010

Berita Harian




Pada 6hb Februari 2010 lepas, Unit Grafik, Berita Harian telah berkunjung ke Riverstone Eco Resort. Ini merupakan kunjungan pertama mereka ke sini dan merupakan acara bulanan unit ini untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara mereka. Ketua Unit Grafik, Pak Zoy rupa-rupanya adalah kawan lama Bos.....kawan sama-sama lepak Central Market dulu...tak sangka pulak jumpa kat sini.



Pertemuan dua sahabat lama. Pak Zoy (berbaju merah) dan isteri (bertudung hitam) bersama Bos. Tidak ketinggalan Pn Minarni (Editor Berita Harian) yang merupakan penyanyi jemputan untuk acara karaoke pada malam itu.




Pelita - Kerosene Lamp

Pelita Gantung


Lanjutan dari artikel Pn Hamidah mengenai catatan perjalanannya ke Jogja, untuk ruangan Pelita Antik kali ini kami memaparkan mengenai dua pelita yang dibeli oleh Pn Hamidah sebagai hadiah kepada Bos. Bertuah Bos, bertambah koleksi.


Pelita Gantung bercemeni panjang beserta dengan tudung ini dibeli oleh Pn Hamidah di Pasar Antik Triwindu, Solo. Pelita buatan sekitar tahun 1950 ini masih berkeadan baik dan boleh digunakan lagi.



Ini kalau dapat gantung kat umah aku pun best ni...Pn Hamidah kirim satu boleh?




Pelita Dokar



Ini yang paling Bos suka ni. Menurut Pn Hamidah semenjak beliau berulang alik ke Jogja, Bos selalu bercerita mengenai pelita Dokar ini. Dan Bos sendiri pun dah cari kat Jogja tapi tak jumpa. Bila Pn Hamidah ke sana jumpa pulak pelita Dokar ni.....


Menurut penjual pelita Dokar ini, ianya buatan sekitar tahun 1940. Cermin yang digunakan masih cermin asal dan langsung tak bercalar. Pelita Dokar sehingga kini pun masih digunakan oleh pengusaha kereta kuda di sekitar Kota Jogja untuk menerangi perjalanan mereka.



Wah...sama nilai dengan lampu Merc Bos.



Dengan adanya koleksi pelita Dokar ini, maka bilangan pelita milik Bos pun bertambahlah...sekarang dah ada 115 buah. Pergi Jogja 16hb nanti nak tambah koleksi lagi ke Bos?

Kerosene Lamp / Lampu Minyak Tanah / Pelita/